Trivia RENTAKA: Kepincangan USAF terserlah semasa peristiwa 9/11 Bah.2

No photo description available.

Sebagai salah sebuah negara terkaya dan memiliki angkatan tentera yang terkuat di dunia, sudah pastinya kita tidak menjangka bahawa pertahanan Amerika akan terjejas teruk akibat pemotongan belanjawan pertahanannya.

Pada hakikatnya angkatan tentera Amerika terjejas teruk sehinggakan semasa awal dekad 2000, Tentera Udara Amerika hanya mempunyai 17 buah pesawat pejuang untuk meronda keseluruhan ruang udaranya!

Semasa peristiwa 9/11, pesawat Airforce One yang membawa Presiden Amerika, terpaksa terbang bersendirian tanpa diiringi oleh mana- mana pesawat pejuang Tentera Udara Amerika biarpun telah dipohon berkali- kali. Hanya setelah berada di ruang udara selama hampir 5 jam barulah Pentagon dapat menghantar pesawat pejuang F-16 untuk mengiringi pesawat Airforce One ke destinasinya.

Most Read