Trivia RENTAKA - Scorpene "Missile de Croisière Naval" (MdCN)

May be an image of aircraft and outdoorsPeluru berpandu MdCN dilancarkan daripada kapal selam dengan cara yang hampir sama dengan cara pelancaran peluru berpandu SM39 Exocet.

 
Kapal selam Scorpene diakui adalah diantara kapal selam diesel elektrik yang terbaik di dunia.Meskipun terpalit dengan "kisah- kisah" palsu di Malaysia tidak lama dahulu, Scorpene kelas KD Tunku Abdul Rahman terus berkhidmat dengan cemerlang meskipun beroperasi secara senyap.
Ditakuti dek keupayaannya untuk melaksanakan perang permukaan dan di bawah permukaan laut dengan efisyen tapi sukar untuk dikesan, Scorpene membawa sejumlah torpedo berat dan peluru berpandu anti kapal untuk tujuan tersebut.
 
Akan tetapi terdapat satu lagi keupayaan Scorpene yang terselindung dan jarang diketahui umum iaitu keupayaan untuk melancarkan serangan darat. Tidak, ia bukan dilakukan oleh peluru berpandu Exocet (walaupun Exocet mempunyai keupayaan terhad untuk menghentam sasaran di darat). Sebaliknya ia dilakukan oleh peluru berpandu "Missile de Croisière Naval" (MdCN).
 
May be an image of sky
Peluru berpandu MdCn/ SCALP/ Storm Shadow menjunam tepat ke sasaran dalam satu ujian keberkesanan.

Teras bagi peluru berpandu MdCN adalah peluru berpandu kruis Naval SCALP/ Storm Shadow. Dilancarkan menerusi tiub torpedo Scorpene dengan cara yang sama dengan pelancaran SM39 Exocet, peluru berpandu kruis ini direka untuk mampu membantai sebarang sasaran utuh yang dilindungi oleh sistem pertahanan udara yang ampuh. Walaupun jangkauan operasinya adalah sekitar 1,000 kilometer, versi eksport MdCN dijangkakan mempunyai jangkauan operasi yang lebih kecil bagi mematuhi sekatan MTCR.