Pada 28 Julai 2017 yang lalu, Korea Utara telah melakukan satu ujian pelancaran peluru berpandu ICBM yang mana londaran penerbangannya adalah melalui kawasan yang begitu hampir dengan Jepun. Terdapat video dan rakaman dari CCTV yang telah disiarkan oleh stesen TV NHK yang menunjukkan bagaimana peluru berpandu tersebut jatuh ke perairan berdekatan dengan Hokkaido.
 
 
Daripada rakaman CCTV tersebut, didapati bahawa peluru berpandu itu telahpun berkecai dan musnah ketika di dalam proses re-entry atau masuk semula ke ruang atmosfera bumi. Rakaman ini penting kerana ianya menunjukan bahawa teknologi peluru berpandu Korea Utara masih lagi belum matang sepenuhnya.
 
Sepertimana yang kita ketahui, peluru berpandu ICBM mempunya beberapa bahagian atau fasa dimana fasa pertama dan kedua adalah merupakan roket pengalak yang akan terpisah apabila bahan apinya habis manakala fasa ketiga lazimnya mengandungi kepala peledak sehingga ke angkasa lepas. Di angkasa lepas, fasa terakhir dengan kepala peledak akan dilepaskan dan akan jatuh menjunam memasuki atmosfera bumi.
 
Dari video tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa roket tersebut mempunyai dua masalah utama. Masalah pertama adalah semasa proses re-entry dimana Korea Utara masih lagi tidak mempunyai teknologi yang dapat memberikan trajektori yang sempurna bagi melindungi kepala peledak serta alat elektrinik lain dari musnah semasa memasuki atmosfera bumi.
 
Masalah ini berpunca daripada faktor Korea Utara sehingga kini masih lagi tidak memiliki sebarang sistem panduan atau guidance system serta giroskop yang sempurna untuk membantu peluru itu untuk mengimbangi kedudukan sudut darjah yang sesuai untuk proses re-entry kedalam atmosfera bumi. Ini menyebabkan peluru berpandu tersebut tidak dapat mengira atau membidik sasaran dengan sempurna dan akan menyebabkan peluru berpandu tersebut masuk ke atmosfera didalam sudut darjah yang tidak ideal. Korea Utara juga tidak mempunyai akses kepada satelit yang dapat memberikan panduan kedudukan atau positioning satellite untuk membantu ICBM tersebut untuk membidik sasaran dengan lebih tepat.
 
Meskipun terdapat laporan yang menyatakan bahawa China ada memberikan Tentera Korea Utara akses kepada satelit miliknya, namun tidak dinyatakan bahawa jika ianya dapat digunakan untuk tujuan pelancaran roket. Ini menyebabkan ICBM perlu bergantung kepada penderia panduan inersia atau Inertial Guidance sensor yang telah deprogram melalui pengiraan awal sebelum pelancaran yang jika dilihat daripada rakaman video NHK tersebut, terbukti masih lagi belum matang dalam memastikan trajektori roket tersebut didalam kedudukan yang paling ideal untuk sampai ke sasaran.
 
Masalah kedua ialah sewaktu proses sewaktu re-entry, kepala peledak peluru berpandu ICBM itu musnah dan berkecai sewaktu memasuk atmosfera bumi. Ini berkemungkinan disebabkan oleh ketiadaan perlindungan yang sempurna ketika proses re-entry kerana proses ini akan mendedahkan kepala peledak kepada suhu yang sangat tinggi. Perlindungan haba penting untuk melindungi segala elektronik penting didalam peluru berpandu dan juga memastikan bahawa kepala peledak didalam suhu yang sesuai. Kegagalan untuk melindungi suhu kepala peledak akan menyebabkan peledak meletup seperti didalam video pada durasi 3 saat hanya selepas beberapa saat re-entry.
 
Masalah ini diburukkan lagi oleh masalah pertama dan seolah- olah menjadikan ujian pelancaran peluru berpandu ICBM tadi bakal menemui kegagalan daripada sejak ia mula dilancarkan.
 
Jadi adakah kita perlu bimbang dengan ancaman peluru berpandu dari Korea Utara dalam masa terdekat ini? Jawapan #RENTAKA ialah berkemungkinan besar adalah tidak. Berdasarkan bukti yang dilihat melalui rakaman video NHK, teknologi ICBM yang dimiliki oleh Korea Utara masih lagi belum matang didalam proses terakhir iaitu positioning dan heat protection yang juga merupakan salah satu proses yang paling penting dalam memastikan kejayaan sesuatu pelancaran ICBM.
 
Sudah pasti sekatan-sekatan yang ketat dari dunia luar menyukarkan lagi proses R&D peluru berpandu jarak jauh oleh Korea Utara.
 
 
video credit NHK TV