Artikel RENTAKA - Dilema Enjin bot 2 stroke dan 4 stroke

(Awas Artikel Panjang)

No photo description available.Salah satu contoh bot yang lazimnya digunakan oleh agensi penguatkuasa, dipacu oleh dua enjin empat lejang berkekuatan 250 hp.

Apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau pada tahun 2009 bagi menyokong usaha untuk menjaga alam sekitar, ianya juga turut merangkumi pembelian aset-aset untuk kegunaan agensi keselamatan seperti ATM, Polis, APMM, Kastam dan sebagainya. Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
 
Oleh itu dalam pemilihan dan pembelian aset-aset baru kerajaan, dasar Green Technology Procurement (GTP) atau Pembelian Aset Berteknologi Hijau digunapakai dimana aset- aset yang mempunyai ciri- ciri teknologi hijau atau kurang memberi impak negatif kepada alam sekitar adalah diberi keutamaan dalam pemilihan pembelian. Salah satu kawasan yang diberi perhatian oleh pasukan keselamtan adalah di sempadan laut diantara Sabah dan Filipina dimana kumpulan Abu Sayyaf aktif mencari mangsa untuk dijadikan tebusan. Oleh itu tidak hairanlah dasat GTP turut digunapakai dalam pembelian aset- aset yang digunakan oleh ESSCOM. Salah satu aset yang paling terkesan oleh dasar GTP adalah enjin bot peronda yang digunakan oleh unit- unit dibawah ESSCOM.
-
Diantara langkah yang diambil untuk menyokong dasar ini ialah penggantian enjin-enjin bot peronda pasukan keselamatan daripada yang menggunakan sistem enjin 2 lejang kepada enjin 4 lejang yang lebih mesra alam serta menjimatkan pengguaan bahan api. Tidak dinafikan enjin 2 lejang mempunyai kelebihan bukan sahaja daripada sudut mesra alam seperti jumlah asap yang dilepaskan adalah jauh lebih rendah serta penggunaan bahan api yang sangat menjimatkan- membolehkan rondaan lebih lama dan jangkauan operasi yang lebih jauh. Pencemaran bunyi juga dapat diminimumkan kerana enjin bot 4 lejang adalah jauh lebih senyap, memungkinkan kehadiran pasukan keselamatan lewat untuk dikesan oleh penjenayah.
 
Walaubagaimanapun, enjin 4 lejang mempunyai kelemahan- kelemahan nyata yang boleh memberikan impak negatif terhadap keberkesanan operasi pasukan keselamatan. Daripada segi saiz enjin, ternyata saiz enjin empat lejang adalah jauh lebih besar (dan berat) berbanding enjin 2 lejang. Ini bukan sahaja memberikan impak daripada segi kestabilan dan daya pecutan bot peronda tetapi juga menyukarkan kerja- kerja penyenggaraan dan penggantian enjin.
 
No photo description available.
Enjin bot 2 lejang seringkali menjadi pilihan tekong bot pancung kerana ianya lebih berkuasa, mudah untuk digunakan, lebih tahan lasak serta mudah untuk diperbaiki di tengah laut dengan menggunakan peralatan asas yang sedikit.
Sesuai dengan statusnya sebagai enjin yang menggunakan teknologi hijau, enjin 4 lejang jauh lebih moden dan canggih berbanding enjin 2 lejang. Namun begitu, faktor “teknologi canggih” inilah yang memberi impak paling besar. Sebagai enjin yang menggunakan teknologi moden, enjin 4 lejang mempunyai banyak sensor- sensor yang terbina dalam dimana fungsinya bukan sahaja bagi memastikan enjin terus berfungsi dengan efisyen tetapi juga memastikan enjin tidak mengalami kerosakan akibat daripada kecuaian pengguna namun amat memerlukan Enjin ini cukup canggih sehingga ia boleh memberikan amaran bunyi kepada pengguna jika enjin diperah secara keterlaluan untuk tempoh yang agak lama atau terdapat komponen- komponen yang mengalami tekanan yang tinggi. Sekiranya pengguna masih tidak mengendahkan amaran bunyi yang diberikan, enjin akan padam dengan sendirinya untuk menggelakkan daripada ia mengalami kerosakan yang lebih serius. Lebih kelakar lagi, apabila keadaan ini berlaku, enjin tidak akan dapat dihidupkan lagi dan memerlukan bot ditunda ke pangkalan. Bayangkan jika bot peronda sedang memecut laju dan hampir memintas bot pancung penjenayah apabila enjin bot peronda tiba- tiba mati dan tidak dapat dihidupkan kembali malah sistem enjin 4 lejang juga . Bukan sahaja penjenayah semua tersenyum girang, tetapi juga terdapat risiko pemburu tiba- tiba menjadi yang diburu lantaran bot tidak dapat bergerak.
 
Sepertimana enjin kereta moden yang dikawal oleh kotak komputer ECU, enjin 4 lejang turut sama mempunyai sistem ECU nya sendiri yang bertindak mengawal kesemua aspek perjalanan enjin dan memastikannya berfungsi dengan baik. Oleh itu tidak hairanlah terdapat keadaan yang memerlukan ECU ini diakses dan mungkin diubah konfigurasinya bagi menyelesaikan masalah- masalah yang ditemui semasa penyelenggaraan dilakukan. Walaubagaimanapun ECU enjin 4 lejang ini hanya boleh diakses dengan menggunakan komputer yang mempunyai perisian pengatucaraan khusus atau programming software/device dimana lesen penggunaannya harus diperbaharui setiap tahun. Malangnya, jumlah peranti yang dibekalkan kepada agensi dan jabatan kerajaan adalah amat terhad. Bayangkan jumlah enjin bot peronda yang tersadai dan tidak dapat digunakan kerana menunggu giliran untuk menggunakan peranti tersebut.
 
No photo description available.
Bot yang lazimnya digunakan di perairan negara. Mudah, ringan dan pelbagai guna. Enjin yang digunakan telah menunjukkan usia dan penggunaan yang kerap- satu testimoni tentang daya ketahanan dan hayat enjin bot 2 lejang.
 
Hasil daripada kajian sendiri, kesimpulan yang tim Rentaka dapati adalah apa yang diperlukan oleh pasukan keselamatan adalah enjin bot yang tahan lasak, mudah untuk dioperasikan dan mudah untuk diselenggarakan. Menurut pakar rujuk #Rentaka, apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan adalah meneruskan sahaja penggunaan enjin 2 lejang yang digunakan sebelum ini. Walaupun beliau memuji inisiatif kerajaan memperkenalkan dasar GTP, tetapi dalam keadaan- keadaan tertentu, perlaksanaannya wajar dilonggarkan seperti untk tugas- tugas penguatkuasaan undang- undang, keselamatan dan pertahanan negara.
 
Menurut beliau lagi, meskipun enjin 2 lejang mempunyai kelemahan- kelemahan yang ketara berbanding enjin 4 lejang, ia lebih mudah untuk digunakan serta jauh lebih tahan lasak. Dua faktor ini adalah penting dalam operasi rondaan laut di Sabah kerana fasilitinya yang kurang moden serta tempo operasi yang cukup tinggi. Contoh mudah yang beliau berikan adalah penggunaan minyak pelincir yang begitu penting dalam memastikan enjin terus beroperasi dengan padu. Sepertimana enjin motorsikal, enjin bot 2 lejang hanya menggunakan minyak pelincir 2T yang boleh didapati di kedai atau bengkel motorsikal biasa sedangkan enjin bot 4 lejang memerlukan minyak pelincir khusus dan penapis minyak atau oil filter yang khusus. Disamping itu daripada segi kuasa pacuan yang dibekalkan, enjin bot 2 lejang memberikan jumlah kuasa pacuan seperti yang dijanjikan. Jika 250hp yang dijanjikan, maka 250hp lah yang akan diberikan sedangkan enjin bot 4 lejang hanya menghasilkan kurang daripada separuh kuasa pacuan sebenar dan selebihnya dicapai melalui bantuan sistem turbo atau supercharge. Jika sistem turbo atau supercharge ini mengalami kerosakan, maka kebasahanlah pasukan keselamatan kita kerana tertipu oleh gimik pemasaran syarikat enjin bot. Enjin bot 4 lejang juga dikatakan tidak mampu bertahan lama dan kebanyakannya terpaksa dipencenkan kerana mengalami pelbagai kerosakan. Enjin bot 2 lejang pula mampu untuk dioperasikan selama berbelas tahun tanpa sebarang masalah serius mahupun penurunan ketara dalam kuasa pacuan yang dihasilkan asalkan sistem pelinciran dan minyak gear case dijaga dengan baik.
 
Daripada segi harga kedua- sua bot ini juga jauh berbeza. Tinjauan mudah tim Rentaka terhadap harga enjin bot 200 hp di pasaran terbuka mendapati enjin bot 2 lejang hanya berharga sekitar RM40 ribu hingga RM50 ribu manakala enjin bot 4 lejang pula harganya mencecah ratusan ribu ringgit.
 
No photo description available.
Demo bot RHIB seperti ini memang menarik untuk dilihat tetapi dalam operasi sebenar, ia mungkin memerlukan enjin diperah hingga melepasi had dalam mengejar bot pancung daripada meloloskan diri ke sempadan perairan Filipina. Persoalannya adakah enjin bot 4 lejang mampu memikul cabaran tersebut? credit to: MyMil
 
Tidak hairanlah enjin bot 2 lejang menjadi kegemaran para penyeludup serta penjenayah yang beroperasi di sekitar perairan Sabah, Indonesia dan Filipina. Mungkinkah zaman bot peronda pasukan keselamatan yang dikuasai oleh enjin bot 4 lejang canggih cuma dapat makan asap bot pancung di Sabah akan berakhir? Harapnya begitulah...