Trivia RENTAKA - Anechoic tiles

May be an image of aircraft and outdoors


Imej kerosakan pada kapal selam diesel-elektrik JS Soryu (SS-501) milik Jepun akibat terlanggar kapal kargo Ocean Artemis pada 8 Februari yang lalu.

Apa yang menarik pada imej ini adalah bukan pada kerosakan pada kapal selam tetapi objek- objek berbentuk empat segi sama seperti bata yang tersusun rapi pada bahagian menara kapal selam.


Objek- objek tersebut adalah jubin anechoic yang berfungsi untuk mengubah dan meredam ciri- ciri akustik yang dihasilkan oleh kapal selam. Hasilnya kapal selam menjadi lebih senyap dan lebih sukar untuk dikesan.

Teknologi jubin anechoic dipelopori penggunaannya oleh Tentera Laut Jerman dan Jepun semasa Perang Dunia Kedua namun dilupakan selepas perang tamat. Ia kemudian dihidupkan kembali oleh Tentera Laut USSR semasa tahun 1970an. Jubin anechoic yang dipasang pada kapal selam kelas Akula dikatakan mampu meredam ciri- ciri akustik kapal selam tersebut sehingga 20 desibel.

Jubin Anechoic kini dipasang pada kebanyakan kapal selam, dalam pelbagai lapisan, bahan dan saiz untuk meredam bunyi yang berbeza yang dihasilkan oleh setiap bahagian kapal selam.

Most Read