Trivia RENTAKA - Peranan Tentera Laut India semasa Perang Kargil

May be an image of outdoors

Perang Kargil bermula apabila tentera Pakistan menawan pos-pos tentera India di dearah Kargil, Jammu Kashmir yang ditinggalkan ketika musim sejuk tahun 1999.

Biarpun perang ini melibatkan secara majoritinya oleh tentera darat dan udara India, Tentera Laut India turut sama melancarkan operasinya sendiri iaitu Operasi Talwar.


Objektif utama operasi ini adalah untuk menghalang dan meyakinkan Pakistan daripada menghantar bantuan ke Kargil dengan untuk menjerut Pakistan daripada segi ekonomi dan material. Ia melibatkan gabungan armada timur dan barat Tentera Laut India meronda secara agresif dan melakukan latihan perang berhampiran dengan pelabuhan Karachi. Ada kalanya terdapat sehingga 30 buah kapal perang India meronda di Laut Arab Utara dan mula menyekat kapal yang membawa barangan penting seperti bahan api daripada memasuki pelabuhan Karachi.

Keberkesanan sekatan kapal perang India diakui sendiri oleh Perdana Menteri Pakistan dengan kenyataan bahawa Pakistan hanya mempunyai simpanan bahan api untuk selama enam hari sahaja sekiranya perang India Pakistan meletus lagi.

Dimanakah Tentera Laut Pakistan? Dikatakan arahan daripada pemerintah tertinggi Tentera Laut Pakistan melarang kapalnya daripada mendekati armada Tentera Laut India. Semasa di penghujung fasa Perang Kargil, armada Tentera Laut Pakistan berada di pelabuhan dan dikatakan tidak dibenarkan keluar meronda.

Agaknya mampukah Malaysia mengelak daripada dijerut sebagaimana Tentera Laut India menjerut Pakistan dengan sekatan perdagangan melalui jalan laut?