Pesawat rondaan maritim CN-235 MPA TUDM

May be an image of aircraft and outdoorsPesawat NC-212i sedang dalam pemasangan di kilang PT Dirgantara Indonesia (PTDI), Bandung, Jawa Barat.

 
Tapi itu bukan tujuan #RENTAKA siar gambar ni.
 
Ce intai sikit belakang tu.. Haa...belakang tuu yang comel-comel tu. Kalau mata kurang terang, mungkin kena zoom sikit.
 
Kalau nak tahu, itu adalah pesawat CN235 milik TUDM yang kini dalam proses naik taraf ditukar konfigurasinya menjadi Pesawat Rondaan Maritim atau MPA.
 
Diantara peralatan yang akan dipasang adalah konsol operator, kepala penderia elektro-optik dengan kamera infra merah yang mampu mengesan serta merakam foto/ video biarpun dalam kepekatan malam, peralatan ESM dan radar Dome di bahagian bawah pesawat yang mengandungi radar carian 360° dengan jangkauan pengesanan sejauh 200 batu nautika (370 kilometer) bersama sistem AIS. Ia dijangka kan dipasang dengan sistem pengurusan misi pemantauan maritim Merlin yang dibangunkan oleh firma Integrated Surveillance and Defense INC.
 
Sebanyak dua (sesetengah sumber menyatakan tiga) buah pesawat CN235 akan diubah menjadi pesawat MPA dengan kos ditanggung oleh kerajaan Amerika dibawah Maritime Security Initiative.
 
Semoga sang CEKAL kita disana akan terus cekal berkhidmat nanti.
Tahniah PT Dirgantara Indonesia kerana dipilih untuk menggalas tugas berat ini.

Most Read