Meriam mudah gerak DITA SPH

May be an image of outdoors

Bagi pembaca yang telah lama mengikuti #RENTAKA mungkin telah tahu bahawa tim RENTAKA sememangnya ada kecondongan terhadap sistem- sistem persenjataan tertentu yang mungkin kelihatan seperti menongkah arus dengan trend serta minat ATM mahupun peminat ketenteraan tempatan. Salah satunya adalah tim RENTAKA lebih meminati Archer SPH berbanding Caesar SPH diatas sebab- sebab tertentu. Diantara sebabnya adalah Archer menawarkan perlindungan dan keselesaan terhadap krew ketika beroperasi disamping jumlah krew yang kecil.
 
Namun begitu, minat tim RENTAKA terhadap Archer SPH kini telah mula goyah dengan kehadiran calon baru daripada negara Republik Czech. Dengan nama yang begitu comel-lote secomel awek Czech, SPH terbaru ini dikeluarkan oleh firma Excaliber Army. DITA mungkin kedengaran seperti satu nama yang penuh dengan kelembutan tetapi tiada lembutnya tentang SPH baru ini. Menggunakan konsep sama seperti Archer dimana ia mempunyai meriam berkaliber 155mm yang dilengkapi dengan turet, DITA dipasang pada casis terak Tatra 8x8 yang telah diubah-suai rekabentuknya seperti terak futuristik. Dipacu oleh enjin Tatra T3C-928-90, DITA mampu memecut sehingga ke kelajuan maksimum 90 km/j (mesra lebuhraya!) dan mempunyai jangkauan operasi 600 kilometer (dengan satu isian tangki).
 
May be an image of outdoors
Persenjataan utama DITA adalah meriam berkaliber 155mm L45 yang mampu membedil sasaran sehingga ke jarak 39 kilometer dengan peluru meriam 155mm HE BB dan mampu membedil pada kadar lima bedilan seminit. Apa yang menariknya keseluruhan operasi penembakan DITA hanya dikendalikan oleh dua orang krew sahaja. DITA boleh membawa 40 peluru meriam pelbagai jenis pada satu- satu masa. Kabin untuk krew bukan sahaja berhawa dingin tetapi juga dilengkapi dengan sistem perlindungan NBC serta dilindungi oleh armor STANAG 4569 tahap 1.
Jadi pembaca Rentaka yang budiman, apa pendapat pembaca semua mengenai DITA ini. Adakah meriam SPH keluaran Excalibur Army ini akan dapat berdiri sama tinggi dan setanding dengan Archer Artillery System?

May be an image of outdoors

Most Read