Eks “Wolverine Strike” peranan cemerlang PT-91 didalam pasukan NATO Battalion Battlegroup

May be an image of outdoors
 
Ketika ini berlangsungnya satu latihan tentera besar-besaran NATO Battalion Battle Group yang melibatkan pasukan tentera daripada 9 buah negara termasuk Poland. Dalam latihan perang yang diberi nama "Ex Wolverine Strike" ini, PT-91 Twardy MBT diberikan peranan penting sebagai pasukan paling hadapan dalam menangkis serangan musuh, jelas Maj Tomasz Dadura iaitu pegawai memerintah pasukan tentera Poland dalam latihan perang tersebut .
 
Tentera Poland yang dipilih daripada pasukan briged mekanis ke 15 yang mengoperasikan PT-91Twardy MBT menjadi pasukan paling hadapan memampan serangan musuh sambil dibantu oleh pasukan mekanis dan artileri daripada Kanada, Republik Czech dan Slovakia. Meskipun kereta kebal PT-91 Twardy seringkali dipandang rendah jika dibandingkan dengan kereta kebal negara barat, ia dapat melaksanakan misinya dengan cemerlang iaitu menghentikan serangan kilat musuh dan memanpan usaha mereka untuk menembusi garisan pertahanan sehinggalah ketibaan pasukan bantuan iaitu pasukan mekanis Sepanyol yang terdiri daripada kereta kebal Leopard II, ASCOD/Pizarro serta LAV untuk membalas serangan musuh.
 
May be an image of outdoors
 
Menurut Maj Dadura lagi, setelah kesemua kereta kebal “Twardy“ selesai melaksanakan misi tempur, mereka telah diundurkan daripada barisan hadapan untuk proses rehat dan resup sebelum memikul tanggungjawap untuk mengepalai serangan balas terhadap kedudukan musuh sehingga eks Wolverine Strike berakhir.
 
Untuk rekod, NATO Battalion Battlegroup telah ditugaskan di timur dan selatan Latvia di mana kereta kebal PT-91 Twardy ditugaskan untuk menyekat dan mengekang serangan musuh daripada negara jiran Latvia.

Most Read