Kereta kebal ringan 

May be an image of outdoors

Sejak akhir- akhir ini kereta kebal ringan kembali diperkatakan biarpun amcaman senjata anti armor semakin canggih dan kompleks. Meskipun MBT adalah primadona di medan pertempuran, ia mempunyai kelemahan- kelemahan yang ketara seperti mobiliti terhad terutamanya di kawasan tanah tinggi dan memerlukan kenderaan sokongan untuk diangkut ke kawasan operasi dengan pantas.



Biarpun gelarannya kereta kebal ringan, ia hanya memiliki armor nipis yang mungkin mampu menangkis peluru mesingan berat di bahagian hadapan sahaja. Armor sebenar kereta kebal ringan adalah persepsi dan mobiliti. Kemunculan kereta kebal ringan secara tiba- tiba memberikan persepsi kepada tentera musuh bahawa pasukan armor telah sampai dan ini akan menggugat semangat juang mereka. Kehadiran kereta kebal biarpun hanyalah kereta kebal ringan adalah sesuatu yang menakutkan bagi tentera musuh meskipun mereka mempunyai senjata anti armor ringan. Contohnya kereta kebal ringan Jepun seringkali mara degan cepat dan mengkucar- kacirkan pertahanan British di Malaya semasa Perang Dunia Kedua terutamanya semasa pertempuran di Jitra dan Slim River.

Mobiliti yang dimiliki oleh kereta kebal ringan menjadikannya cukup sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada Pasukan Tindak Pantas dimana mereka mampu untuk mara dengan pantas samada untuk menawan mahupun mempertahankan sesebuah kawasan strategik sehingga pasukan tempur yang lebih lengkap bersenjata berat sampai untuk mengambil alih. Mobiliti kereta kebal ringan yang tinggi memberi keupayaan untuk komander untuk merampas inisiatif dalam pertempuran. Beratnya yang tidaklah begitu tinggi mengizinkannya untuk melalui jambatan dan kawasan bertanah lembut/ gambut tanpa banyak masalah. Malah China sendiri mendapati bahawa hanya kereta kebal ringan memiliki mobiliti untuk beroperasi di kawasan tanah tinggi seperti di Tibet mahupun di Ladakh. Disamping itu kereta kebal ringan boleh diangkut oleh pesawat pengangkut untuk dihantar ke kawasan yang diancam musuh dengan pantas.

Foto: Kereta kebal ringan Stingray Tentera Darat Diraja Thailand. Thailand dilaporkan memiliki lebih daripada 300 buah kereta kebal ringan pelbagai jenis.