Kelemahan mesingan Gatling M134 7.62mm

May be an image of one or more people, military uniform, outdoors and text that says "MYPATRIOT MYPATRIOT S"

Sudah pastinya ramai yang meminati mesingan gatling M134 7.62mm. Terdapat banyak video di internet yang mempamerkan kehebatan mesingan gatling ini. Setakat ini hanya TDM yang menggunakan mesingan gatling M134 yang dipasang pada kereta perisai Lipan Bara dan helikopter A109 LOH.



Akan tetapi setiap satu persenjataan itu ada kelemahannya dan mesingan gatling M134 juga tidak terkecuali. Jadi, beberapa kelemahan mesingan gatling M134 yang dapat difikirkan oleh RENTAKA adalah seperti berikut:

1. Ia memerlukan kuasa elektrik daripada sumber luaran untuk berfungsi.

2. Berat mesingan yang tinggi menghadkannya sebagai senjata sokongan dan bersifat statik.

3. M134 mempunyai kadar tembakan yang tinggi iaitu sekitar 2,000- 6,000 butir peluru seminit. Jadi, ia boleh menghabiskan peluru yang sangat banyak dalam masa yang singkat. Jika tidak berhati- hati, M134 boleh kehabisan peluru ketika pertempuran sedang hangat berlangsung.

4. M134 tidak mempunyai pejera besi dan memerlukan pejera optik atau elektronik dipasang padanya bagi membolehkan operator membidik tembakannya.

5. Seringkali peluru tracer digunakan bagi membolehkan operator membidik tembakannya dan ini secara tidak langsung mendedahkan kedudukannya kepada musuh.

6. Gabungan berat keseluruhan M134, peluru dan anjalan yang dihasilkan tidak memungkinkan mesingan gatling ini dibawa dan dioperasikan oleh individu seperti mana mesingan GPMG.

7. Jika mesingan gatling ini kehabisan kuasa elektrik/ bateri semasa bertempur, ia tidak lagi dapat berfungsi meskipun mempunyai bekalan peluru yang banyak.

Mungkin pembaca RENTAKA ada poin- poin lain yang hendak ditambah?

Kredit foto: MYPATRIOT

#rentaka
#m134
#Dillon
#tenteradaratmalaysia

Most Read