Panas: Fakta sebenar mengapa APMM tidak boleh menghalau kapal Pengawal Pantai China keluar daripada Beting Patinggi Ali.

May be an image of body of water and text

Semasa Perang Korea dahulu, sebarang tawanan perang dari tentera Amerika mahupun sekutunya akan melalui proses soal siasat yang mudah tetapi agak efektif. Setiap hari, setiap tawanan perang akan disoal dengan soalan yang sama secara berulang- ulang kali. Objektifnya adalah untukmeruntuhkan daya ketahanan seseorang tawanan perang terebut agar memberikan maklumat yang diperlukan atau mengaku salah.

Kebanyakan tawan perang yang melalui proses soal siasat seperti ini biasanya akan mengaku atau memberikan maklumat yang diperlukan bukan kerana disiksa tetapi kerana bosan ditanya soalan yang sama secara berulang-ulang kali setiap hari. Ada yang sengaja mengaku walaupun sebenarnya mereka tidak melakukan perbuatan seperti yang tuduhan yang dilemparkan, asalkan soal siasat yang membosankan itu dihentikan.


Semalam, APMM mengesahkan bahawa mereka sedang mengawasi kehadiran kapal peronda milik Pengawal Pntai China telah dikesan di sekitar Beting Patinggi Ali pada 4 Jun yang lalu. Maka bermulalah pertandingan renung merenung diantara kapal peronda Pengawal Pantai China dan kapal peronda APMM serta TLDM.


Mengapa kapal peronda TLDM tidak bertindak menghalau sahaja kapal Pengawal Pantai China seringkali memasuki perairan negara? Ini adalah satu soalan kegemaran rakyat marhaen yang kurang memahami tentang perundangan antarabangsa berkenaan laut. Dibawah United Nations Convention on the Law Of the Sea (UNCLOS), sesebuah negara mempunyai kedaulatan terhadap perairan seluas 12 batu nautika (22km) daripada garis pantai. Di dalam kawasan perairan ini, sesebuah negara berhak untuk menguatkuasakan sebarang undang- undang negara tersebut. Pun begitu, mana- mana kapal (mahupun kapal perang) mempunyai kebebasan untuk belayar di mana- mana lautan, selat dan teluk sesebuah negara asalkan ianya adalah apa yng ditakrifkan sebagai "innocent passage". UNCLOS juga menggariskan bahawa sesebuah negara boleh mewartakan kawasan perairan seluas 200 kilometer daripada garis pantainya dimana ia berhak untuk melakukan aktiviti ekonomi seperti perikanan dan perlombongan. Walaubagaimanapun, sebarang kapal boleh melalui kawasan laut EEZ sesebuah negara tanpa perlu memohon kebenaran. Secara mudahnya, kawasan laut EEZ hanyalah kawasan yang mana sesebuah negara mempunyai keistimewaan kedaulatan dimana ia berhak melakukan aktiviti ekonomi tetapi tidak boleh menghalang sebarang kapal daripada melalui atau berlegar- legar di kawasan EEZ selagi ia tidak melakukan kesalahan.


Oleh kerana Beting Patinggi Ali terletak kira- kira 84 batu nautika daripada pantai Miri, ia terletak dalam kawasan EEZ yang dituntut oleh Malaysia dibawah undang- undang laut antarabangsa. Oleh sebab itu kapal peronda Pengawal Pantai China boleh belayar dan berlegar-legar yang mana kelihatan seperti bermaharajalela di kawasan tersebut di mata orang tempatan.

Mengapa kapal peronda Pengawal Pantai China seringkali berada di Beting Patinggi Ali? Kerana ia adalah sebahagian daripada kawasan laut yang dituntut oleh China namun tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Kehadiran kapal peronda Pengawal Pantai China adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengesahkan tuntutan mereka di sisi undang- undang laut antarabangsa.

Seperti mana stategi soalsiasat tawanan perang yang digunapakai semasa perang Korea dahulu, China Mungkin mahukan aktiviti kapal peronda Pengawal Pantainya di Beting Patinggi Ali menjadi seperti satu kelaziman atau kebiasaan sehinggakan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa menjadi bosan dan menganggap aktiviti tersebut seuatu yang boleh dilupakan. Pada masa yang sama China sentiasa merekodkan aktiviti mereka di Beting Patinggi Ali dengan teliti bagi menguatkan lagi tuntutan mereka apabila tiba saat dan ketikanya untuk berbuat demikian.

Most Read