Penggunaan Centurion MBT semasa Perang Vietnam

May be an image of outdoors

Kereta kebal Centurion meredah hutan semasa perang Vietnam. Daripada 58 buah Centurion milik Tentera Darat Australia yang berkhidmat semasa perang Vietnam, 42 daripadanya mengalami kerosakan akibat pertempuran dimana 6 buah mengalami kemusnahan secara menyeluruh.

Walaupun begitu, hanya 2 orang krew kereta kebal yang terbunuh di sepanjang penggunaan MBT ini di Vietnam.

Centurion MBT membuktikan bahawa MBT mampu untuk beroperasi di dalam hutan asalkan keadaan bentuk muka buminya bersesuaian dan kehadiran MBT seringkali membantu pasukan sahabat untuk memenangi pertempuran.