Perolehan Mortar oleh TDM- Adakah sistem mortar Dual Eimos yang dibeli?

https://i.ytimg.com/vi/xl70gTEGIwY/maxresdefault.jpg

Berita berkenaan pembelian mortar daripada firma Expal SA dari Sepanyol oleh TDM bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malah sebelum ini TDM pernah mengimport 40 laras mortar daripada firma yang sama pada tahun 2014.

Walaubagaimanapun pembelian kali ini agak unik kerana bukan sahaja laras mortar yang dibeli malah ia turut melibatkan sistem kawalan Talos C2 dan kenderaan pembawa mortar. Ia seolah- olah setiap satu sistem mortar yang mengandungi selaras mortar, Talos C2 dan dipasang pada sebuah kenderaan pembawa mortar.

 

Carian pada laman sesawang Expal mendapati hanya satu sistem mortar yang mempunyai komponen- komponen ytersebut iaitu sistem mortar mudah gerak Dual EIMOS.

Most Read