Akta United States Innovation and Competition Act (USICA) 

Pada bulan Jun 2021 Kongress Amerika telah meluluskan akta yang dikenli sebagai United States Innovation and Competition Act (USICA). Akta ini bertujuan untuk memberikan peruntukan sebanyak USD110 bilion kepada kerajaan Amerika untuk merancakkan lagi penyelidikan teknologi oleh firma- firma Amerika untuk tempoh lim tahun yang akan datang. Ia adalah untuk membolehkan Amerika untuk terus bersaing dengan China dalam pembangunan teknologi baru serta teknologi maju.
 
Mungkin ramai tertanya, apa kaitannya dengan pertahanan negara?
 
Tersorok di dalam akta setebal hampir tiga ribu mukasurat ini adalah seksyen yang memperuntukkan sebanyak hampir USD900 juta sebagai dana untuk negara- negara di rantau Indo Pasifik untuk program persenjataan baru atau yang sedia ada. Di dalam akta yang sama juga menggariskan bahawa kerajaan Amerika haruslah memperluaskan lagi usaha untuk menyediakan sistem persenjataan atau keupayaan kepada sekutu dan negara sahabat di rantau Indo Pasifik. Selain daripada itu, akta ini menuntut agar kerajaan Amerika memudah-carakan pengeksportan dan pemindahan sistem persenjataan ke negara- negara tersebut.
 
Walaupun ada pemerhati politik yang berpendapat bahawa akta USICA adalah sukar untuk dijalankan oleh kerajaan Amerika, ia membuka peluang dan ruang untuk negara memperkuatkan dan meneruskan pemodenan ATM yang agak ketinggalan terutamanya daripada segi kuantitatif.
 
Salah satu program yang telah lama tertahan adalah kapal MRSS yang penting dalam menyokong jaringan logistik ATM. TLDM secara tradisinya banyak mengoperasikan kapal- kapal sokongan logistik bekas Tentera Laut Amerika. RENTAKA pernah memberi saranan bahawa kerajaan melihat kepada kesesuaian kapal sokongan kelas Harpers Ferry yang akan diundurkan secara berperingkat daripada perkhidmatan USN
 
Satu lagi program yang mungkin boleh mendapat keuntungan daripada akta baru ini adalah program LCA. Pesawat latihan T-7 dilihat sebagai salah satu calon yang sesuai untuk mengisi keperluan pesawat LCA TUDM.