https://en.missilery.info/files/m/iris-t/sls.jpg

 

Bagaimana hendak mengetahui bahawa satu- satu sistem persenjataan adalah efektif selain daripada pembuktian dalam peperangan? Salah satu caranya adalah apabila sebuah negara membeli sistem persenjataan tersebut sedangkan ia mengeluarkan dan mengeksport sistem persenjataan yang hampir sama. Demikianlah halnya dengan sistem pertahanan udara jarak dekat IRIS-T SLS. Sweden adalah negara pertama yang menggunakannya sedangkan pada masa yang sama ia mengeluarkan sistem pertahanan udara jarak dekat RBS-70 yang digunakan oleh banyak negara.


Sistem pertahanan udara IRIS-T SLS yang dikeluarkan oleh firma Diehl Defence dari Jerman ini agak kurang popular sebenarnya berbanding dengan sistem pertahanan udara jarak dekat yang lain. Teras bagi sistem pertahanan udara ini adalah peluru berpandu IRIS-T yang sebenarnya adalah peluru berpandu udara ke udara yang sangat lincah. Apa yang lakukan oleh Diehl hanyalah memasang peluru berpandu tersebut kepada pelancar menegak tanpa sebarang modifikasi atau komponen tambahan, terus dapat satu sistem pertahanan udara SHORAD segera dengan jangkauan operasi sejauh 12 kilometer dengan keupayaan pemintasan 360 darjah tanpa titik buta. Ia boleh menggunakan radar pertahanan sedia ada yang bersesuaian atau radarnya sendiri. Seperti Sweden, mereka menggandingkan sistem IRIS-T mereka dengan radar Giraffe 3D yang sedia ada.

IRIS-T berfungsi secara mendapat maklumat sasaran daripada radar. Ia kemudiannya akan mengira titik optimum di mana ia akan dapat mengesan dan memintas sasarannya dengan optimum. Sebaik sahaja arahan diberikan, peluru berpandu akan dilancarkan dan dengan pantas menuju ke titik yang telah ditentukan. Sebarang perubahan daripada sebarang aspek sasaran akan dihantar oleh radar melalui gelombang radio kepada peluru berpandu. Sebaik sahaja peluru berpandu sampai ke titik optimum, ia akan mengaktifkan kepala penderianya, mengesan sasaran dan seterusnya meluru kearahnya dan cuba untuk memusnahkannya.

IRIS-T SLS amat sesuai untuk digunakan oleh tentera udara dimana peluru berpandunya boleh digunakan oleh pesawat pejuang mahupun untuk sistem SHORAD. Walaupun begitu, ia turut sama sesuai untuk digunakan tentera darat dalam mempertahankan fasiliti penting mahupun pergerakan tentera atau kedudukan penting daripada serangan udara musuh. Seperti Sweden, mereka memasang pelancar pada kenderaan Hagglunds atau pada terak 4x4 biasa.

Bagi negara yang menginginkan sistem pertahanan udara jarak sederhana, Diehl Defence turut menawarkan sistem pertahanan udara IRIS-T SLM dengan jangkauan operasi sejauh 40 kilometer.