https://www.armadainternational.com/wp-content/uploads/2021/08/NSM-NMESIS-on-beach-of-lcac-08-21-1-scaled.jpg

Menyumpit beruk di kebun lada
Tersalah cara terkena bisa
NMESIS buruk bumbungpun tiada
Namun serangan tetap berbisa.


Nmesis adalah pelancar peluru berpandu NSM versi mudah gerak yang digunakan oleh tentera marin Amerika. Ia dikendalikan secara kawalan jauh dan setiap satu bateri pelancar mudah gerak ini terdiri daripada tiga buah kenderaan Nmesis, satu kenderaan/ pos pemerintah bateri, tiga kenderaan kawalan tempur, satu pos komunikasi mudah gerak, satu radar pemantauan mudah gerak (dengan radar TRS-15C), satu trak pengangkut dan satu kenderaan bengkel bergerak. Setiap pelancar NSM mudah gerak ini boleh memuatkan sehingga 4 peluru berpandu dan boleh disambungkan ke kenderaan kawalan tempur melalui wayar gentian optik atau radio sehingga ke jarak 10 kilometer. Setiap satu kenderaan kawalan tempur boleh disambungkan dan mengawal sehingga 6 pelancar Nmesis atau 24 peluru berpandu NSM serentak.


Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa sejak Perang Dunia Kedua, Malaya atau Malaysia telah menghadapi sekurang- kurangnya tujuh serangan/pendaratan amfibia oleh tentera asing. Serangan amfibia terbesar adalah dilancarkan oleh tentera Jepun yang menandakan bermulanya kempen penaklukan Malaya. Dengan garisan pantai yang cukup panjang dan pantai yang agak landai menjadikan serangan amfibia satu pilihan nyata oleh tentera musuh. The threat is real