May be an image of aeroplane and outdoors

Republik Estonia dilaporkan telah membuat langkah radikal dengan melengkapi tentera lautnya dengan peluru berpandu anti kapal generasi ke 5 yang dikenali sebagai Blue Spear.

Peluru berpandu anti kapal yang mempunyai jangkauan operasi sejauh 290 kilometer ini dikeluarkan oleh firma Protheus Advanced Systems yang merupakan usahasama diantara firma Israel Aerospace Industries (IAI) dan firma ST Engineering daripada Singapura.

Peluru berpandu Blue Spear dipercayai dibangunkan berdasarkan teknologi peluru berpandu anti kapal Gabriel. Kontrak pembelian peluru berpandu Blue Spear oleh kerajaan Estonia dianggarkan bernilai sekitar USD 63 juta.

Ini bermakna Singapura memiliki teknologi pembuatan peluru berpandu anti kapal terkini tetapi agak menghairankan apabila ia tidak mentauliahkan peluru berpandu Blue Spear ke dalam perkhidmatan tentera lautnya.

Most Read