Tersebut al kisah semasa Siam hendak menyerang melaka, mereka berhimpun dahulu di perairan berdekatan Batu Pahat, Johor. Kitab sejarah Salatus Salatin mencatatkan kisah seorang pahlawan Melaka bernama Tun Omar bertindak bersendirian menghadapi armada tentera siam:

“Maka Tun Omar pun pergilah dengan seorang dirinya; perahunya olang-oleng. Setelah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu terus perahunya ke sebelah. Maka ia berbalik pula, dilanggamya yang lain pula, dua tiga buah alah perahu Siam itu; maka Tun Omar pun kembalilah. Maka orang Siam pun terlalu hairan melihat kelakuan Tun Omar itu.”
Mungkin tindakan Tun Omar ini adalah kerana diarahkan oleh Tun Perak untuk memberitahu kepada bahawa Siam bahawa mereka sedang berdepan dengan calang-calang armada kapal yang tidak kurang hebatnya. Tun Perak sedang cuba meninggalkan gambaran kepada Siam bahawa jika sebuah perahu Melaka sahaja sudah cukup untuk mengucar-ngacirkan armada kapal Siam, apatah lagi armada perang Melaka yang sebenar!

Apa yang ingin RENTAKA sampaikan bahawa dalam peperangan sebenar, saiz sebenarnya tidaklah penting. Yang penting adalah kebijaksanaan panglima dan komander dalam merangka serangan dan pertahanan mahupun keberanian serta semangat juang anggota tentera yang melaksanakan arahan. Biarpun hanya dengan bot yang kecil, ia masih mampu mengkucar- kacirkan kapal perang yang besar.

Buktinya?

 

Pada tahun 1983, ketika Sri Langka sedang menghadapi pemberontakan oleh gerila LTTE, Kapal OPV SLNS Sagarawardena yang merupakan salah satu kapal perang utama Tentera Laut Sri Langka telah diserang oleh enam buah bot kecil milik LTTE ketika dalam misi rondaan anti penyeludupan senjata api. OPV tersebut telah dikepung dan dihentam oleh dua bot LTTE yang sarat dengan letupan lalu tenggelam.

Mungkin ada yang berkata kapal tersebut sasaran mudah kerana hanya mampu bergerak perlahan. Maka kita beralih kepada kes kedua iaitu kapal SLNS Ranaviru yang merupakan kapal serang laju daripada kelas Shanghai yang lengkap bersenjata. Pada tahun 1996, ia sedang meronda secara agresif untuk melindungi misi pendaratan amfibia tentera Sri Langka di Mullaitivu sebelum terserempak dengan empat buah bot laju milik LTTE. Ketika bertempur hebat, ia dihentam oleh dua bot laju LTTE lalu tenggelam.

Mungkin ada yang berkata kapal tersebut sasaran mudah kerana ia tidak dilengkapi dengan senjata moden. Semasa perang Iran- Iraq, Selat Hormuz yang sempit menjadi umpama lapang sasar dengan serangan terhadap kapal tangki adalah satu kejadian biasa. Ini menjurus Tentera Laut Amerika untuk campur tangan dengan menghantar beberapa armada kapal perangnya untuk mengawal keadaan. Mereka tidak gentar ancaman daripada kapal perang Iran sebaliknya yang paling ditakuti adalah bot penyerang laju yang dipanggil "Boghammer". Bot ini bukan sahaja lincah tetapi sukar untuk dibidik dan dimusnahkan walaupun tidak mempunyai armor. Ancaman ini memaksa Tentera Laut Amerika menggunakan kuasa udaranya untuk memburu dan memusnahkan bot- bot ini. Walaupun begitu, ia dikatakan tidaklah begitu berjaya dan ancaman bot Boghammer masih berterusan sehinggalah perang Iran- Iraq tamat. Penggunaan bot laju untuk mengintip dan menyerang kapal perang musuh masih dipraktikkan oleh Tentera Laut Iran sehingga ke hari ini dan Tentera Laut Amerika dilihat turut sama mengikuti jejak langkah yang sama tetapi lebih menjurus kepada menyokong operasi pasukan khasnya.

Mengambil contoh salah satu boat penyerang laju terkenal dalam sejarah iaitu Schnellboot, or S-Boot (juga dipanggil sebagai E-boat) yang berkhidmat dalam Tentera Laut Jerman semasa era sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, bot kelas ini dilaporkan telah berjaya menggelamkan 101 buah kapal dagang dengan berat gabungan 214,728 tan, 12 buah kapal pembinasa, 11 buah kapal penyapu periuk api, 8 buah kapal pendarat, 6 bot penyerang, sebuah bot penyerang torpedo dan sebuah kapal selam. Bot penyerang S-boot  turut sama berjaya merosakkan sebuah kapal kruis, 5 buah kapal pembinasa, tiga buah kapal pendarat, sebuah kapal tunda dan pelbagai kapal dagang yang lain. 

Foto: Bot Boghammar Iran
Kredit foto: Fars News Agency

Most Read