Analisa RENTAKA - Tigon 6x6

No photo description available.Kenderaan tempur Tigon yang dipamerkan semasa DSA 2018.

 
Meskipun kenderaan tempur Gempita 8x8 telah menjadi pilihan sebagai kenderaan tempur utama Tentera Darat Malaysia (TDM), penganalisa pertahanan berpendapat masih wujud keperluan untuk kenderaan tempur 6x6 untuk memenuhi tugas yang tidak dapat dilakukan oleh kereta perisai 4x4 tetapi terlalu ringan untuk dipikul oleh Gempita. Salah satu contoh misi yang boleh dilakukan oleh kenderaan tempur 6x6 adalah misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana Malaysia adalah salah sebuah negara yang aktif mengambil bahagian. Terkini adalah misi pengaman di Lubnan dimana bentuk muka buminya amat mencabar disamping ancaman daripada pihak- pihak yang bertelagah yang lengkap dengan persenjataan berat.
 
Kenderaan tempur 6x6 amat sesuaiuntuk dioperasikan di dalam senario sebegini dimana ia menawarkan mobiliti yang baik dalam keadaan muka bumi yang mencabar, mampu untuk dipasang dengan plat- plat armor tambahan untuk daya perlindungan yang lebih mantap tetapi pada masa yang sama, fizikalnya tidak kelihatan menggerunkan. Semasa DSA 2018 yang lalu, terdapat beberapa firma pertahanan yang mempamerkan kenderaan tempur 6x6 mereka dalam usaha untuk mempromosikannya kepada TDM. Salah satu daripadanya adalah Hanwha Defence Systems daripada Korea Selatan.
 
No photo description available.
Tigon sedang menjalani ujian mobiliti. Perhatikan pos pemandu yang agak unik.

Hanwha Defence Systems menawarkan kenderaan tempur terbaru mereka yang dinamakan sebagai Tigon. Ia dibangunkan berdasarkan pengalaman yang diraih daripada program kenderaan tempur Black Fox. Dengan berat yang agak rendah bagi kenderaan tempur 6x6, iaitu sekitar 21 tan, Tigon menawarkan kemungkinan untuk peningkatan tahap perlindungan yang lebih tinggi terhadap mesingan berat, periuk api dan IED. Versi APC Tigon mampu untuk memuatkan satu skuad berkekuatan 11 orang anggota bersama dua krew kenderaan dimana setiap seorang duduk dengan selesa pada kerusi yang mampu untuk menyerap hentakan daripada letupan periuk api mahupun IED. Armor Tigon diperbuat daripada keluli yang dikimpal tetapi boleh dipasang dengan plat armor tambahan untuk tahap perlindungan yang dipertingkatkan. Kenderaan tempur Tigon yang dipamerkan semasa DSA 2018 dipasang dengan sistem RCWS dengan mesingan berat berkaliber 12.7 mm. Akan tetapi, menurut tim Tigon yang ditemui Rentaka, terdapat tiga sistem persenjataan senjata yang ditawarkan iaitu mesingan berat berkaliber 12.7mm, meriam berkaliber 30mm ataupun meriam berkaliber 90mm. Ketiga- tiga persenjataan ini digandingkan dengan sistem RCWS.
 
No photo description available.
Model Tigon dengan turet meriam berkaliber 30mm.
 
Berat kenderaan tempur ini adalah diantara 21 ke 22 tan, bergantung kepada jenis persenjataan yang dipasang. Ia dipacu oleh enjin turbo fiesel enam silinder Caterpillar C9.3 berkekuatan 525hp yang digandingkan bersama sistem ampaian automatik kawalan elektronik Allison 4500SP dengan enam gear depan dan satu gear mengundur. Ia juga dilengkapi dengan suspensi whishbone bebas dengan spring gegelung dan penyerap kejutan hidraulik, Tigon mampu memecut sehingga ke kelajuan 100km / j dan berenang sehingga 8.5km/j dengan didorong oleh dua jet air. Walau bagaimanapun, keupayaan amfibianya adalah bergantung kepada sistem persenjataan serta tahap perlindungan balistik yang dipasang. Kenderaan tempur ini mempunyai jangkauan operasi sejauh 1,000km dan ia turut mempunyai sistem inflasi tayar berpusat untuk memudahkan pemandu mengawal tekanan angin pada tayar bagi cengkaman pada pada jalan serta pemanduan yang lebih lancar dan selesa. Papan pemuka pemandu dilengkapi dengan panel paparan LCD yang menyediakan maklumat sehingga 22 parameter prestasi kenderaan seperti kelajuan, status enjin dan bekalan bahan api.
 
Tigon diberitakan telah menjalani ujian ketahanan, jalan, hutan dan amfibia di Malaysia untuk mengesahkan keupayaannya dalam memenuhi keperluan TDM. Walau bagaimanapun, hasil daripada ujian tersebut tidak diketahui. Hanwha Defence Systems telah bekerjasama dengan firma automotif tempatan, AVP Engineering, yang mana jika Tigon dipilih oleh Malaysia, Hanwha akan membuat badan kenderaan tempur ini beserta subsistemnya manakala AVP Engineering pula akan melakukan pemasangan bahagian dalaman Tigon sebagai sebahagian daripada perjanjian pemindahan teknologi