Analisa RENTAKA - Masa depan PT-91M- Satu mimpi basah

May be an image of outdoors

 

Duduk tak duduk, dah dekat 20 tahun dah PT-91M berkhidmat dengan KAD. Daripada mula berkhidmat lagi, MBT ni main peranan penting dalam pertahanan negara. Selain daripada membentuk salah satu tonggak pertahanan negara dan salah satu elemen cegah rintang terpenting negara, kereta kebal ni juga mainkan fungsi penting untuk membentuk doktrin dan operasi "combined arms" dalam pertahanan mahupun serangan. Pada masa pembeliannya, PT-91M adalah antara MBT tercanggih di Asia Tenggara dan sekarang ni pun masih lagi menggerunkan pihak lawan.

Tapi setakat gerun je mana cukup. Dalam tempoh masa MBT sulung ni berkhidmat, sikit demi sikit keupayaannya dah mula ketinggalan. Masa mula- mula pengenalannya sebagai aset utama TDM telah mencetuskan perlumbaan senjata mini yang mana negara- negara jiran pun nak MBT yang canggih manggih untuk imbang keupayaan PT-91M walaupun kita takde niat apa- apapun sebenarnya. Mungkin agaknya pemimpin negara tak mahu negara jiran gempar, kita beli 48 buah je. Pastu beli MBT yang takde la hebat sangat. PT-91M ni level- level T-72M1-E5 iaitu T-72A versi eksport yang dah dikurangkan sedikit keupayaannya jika kita bandingkan dengan T-72B yang digunakan oleh Rusia. Tapi pembelian PT-91M dilihat dijadikan alasan untuk negara- negara tertentu untuk beli beratus MBT dan dinaik taraf jadi lebih hebat daripada M1A1 atau mungkin M1A2!. Nak buat camner, itu hak masing- masing dan kemampuan masing- masing. Kita yang berniat baik dan kurang kemampuan ni cuma bersenang hati, bersyukur dan berlapang dada la dengan 48 buah MBT. Tu pun dah kembang- kembang hidung punya la bangga. Maklumlah, berpuluh tahun dah merdeka barulah dapat tengok TDM ada MBT.

Bagi yang tak tahu, baru- baru ni Poland umum yang mereka nak bersarakan PT-91 dari perkhidmatan dan ganti dengan M1A2 SEPv3 yang akan mula berkhidmat pada tahun depan. Hahaha... mesti ramai yang cakap "apa lagi, sapu la MBT yang Poland takmo tu". Kepada mereka yang cakap macam tu, korang memang cheapskate laaa... Pantang ada barang free atau murah, cepat jer suruh sapu. Tapi kita SERUPA sebenarnya hahaha....

Tapi baik kita kaji impak berita tadi dulu. Bila Poland dah start phased out PT-91 daripada perkhidmatan, ini mungkin bermakna Bumar berkemungkinan akan berenti sokongan operasi untuk PT-91M di masa depan. Dah tu, camner dengan alat ganti PT-91M kesayangan kita sumer? Kalau setakat alatan ganti, takde masalah sebab PT-91M adalah T-72 yang mana alatan gantinya sangat mudah nak dapat. Sekarang ni saja ada puluhan malah mungkin ratusan ribu kereta kebal T-72 yang masih beroperasi kat seluruh dunia. Satu lagi, T-72 ni kereta kebal yang lasak tapi binaan dia mudah. Jadi nak senggara dan buat alat ganti dia agak mudah. Itu sebabnya dia menjadi pilihan dalam hampir setiap medan pertempuran di seluruh dunia. Negara miskin macam Kemboja pun pakai T-72. Negara yang have- have je yang pakai Leopard II dan M1 Abrams. Bagi negara yang bersederhana macam Malaysia, kereta kebal macam PT-91M pun dah cukup asalkan ia bersesuaian dengan keperluan, efektif, efisien dan tidaklah begitu membebankan daripada segi kos pembelian dan pemilikan. Kepada mereka yang masih lagi risau dan susah hati dengan kemungkinan berakhirnya sokongan produk daripada Bumar Labedy, beginilah. PT-91M ni dah diubah-suai secara hampir menyeluruh sehingga boleh dikatakan hanya bahagian luarannya seperti kerangka badan, enjin, turet, sebahagian daripada bahagian automotif dan beberapa komponen lain kecil lain yang dikeluarkan oleh Bumar Labedy. Bahagian dalaman iaitu sistem dan sub-sistem penting yang lain seperti persenjataan, sistem bidikan, transmisi, sistem NBC dan sebagainya adalah keluaran syarikat terkemuka asing. Bahagian luaran kereta kebal lazimnya mudah untuk dicari atau dibuat alatan gantinya berbanding sistem dalaman MBT.

Jom kita balik semula kepada PT-91 yang Poland nak phased out tu. Walaupun kereta kebal tu adalah sekehen, PT-91 masih berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang baik dan mampu membekalkan eleman cegah rintang kepada negara. Lagipun ada kemungkinan untuk dapat beli pada kos yang rendah kerana Poland mahu melucut tauliah MBT tersebut dan pada masa yang sama ia juga boleh rendahkan kos senggaraan kerana kedua- dua PT-91 dan PT-91M adalah kereta kebal ni kembar tapi tak sama sangat. Oleh itu PT-91 Poland kitaorang rasakan adalah amat sesuai untuk dijadikan batch kedua MBT bagi TDM.

Mimpi basah kitaorang (iya, kitaorang pun ada mimpi basah jugak) adalah kerajaan cuma ambil bahagian badan PT-91 Poland sahaja. Jadi kos dia lagi rendah daripada beli sebijik MBT. Poland dilaporkan akan pencenkan 92 buah PT-91. Jadikan 62 badan PT-91 yang terbaik untuk dibuat modifikasi dan selebihnya dijadikan sumber alatan ganti. 62 buah badan kereta kebal yang terpilih boleh diubah suai dengan menggantikan sistem transmisi, enjin serta komponen automotifnya sama atau lebih berkuasa daripada PT-91M. Bahagian turet pula boleh digantikan dengan turet T-90S Brishma keluaran India. Mesti ada yang nak tau “kenapa guna turet T-90S dan boleh muat ke?. Bagi yang belum tahu, T-90 pada asasnya adalah T-72BU. Jadi T-90 mempunyai ukuran fizikal yang sama dengan T-72 biasa. Oleh itu, badan PT-91 sepatutnya boleh memuatkan turet T-90S. Turet T-90S Brishma mempunyai tahap perlindungan yang lebih tinggi (armor yang lebih tebal dan terdiri daripada besi yang lebih kukuh beserta armor komposit) serta boleh diubah suai untuk membolehkannya dipasang dengan blok-blok ERA jenis Realikt dan sistem penyerakan elektro-optik untuk menangani ancaman ATGM termasuklah daripada jenis Top Attack. Sistem persenjataan dan sistem bidikan boleh diubah kepada sistem yang sama digunakan oleh PT-91M untuk memudahkan latihan dan commonality. Satu lagi pilihan adalah guna jer sistem- sistem yang sedia ada pada turet T-90S Brishma. Kalau semua masalah integrasi sistem dapat diselesaikan dengan lancar dan semua pihak memberikan kerjasama yang baik, dalam masa diantara 12-24 bulan, TDM boleh dapat 62 buah PT-91 yang prestasi dan keupayaannya adalah lebih baik daripada PT-91M. Amacam mimpi basah kitaorang, ada kelas tak?

Sekiranya mimpi basah kitaorang berjaya direalisasikan, mohon versi PT-91 ala Voltron ni diklasifikasikan sebagai PT-91M2 Rentaka.