Analisa RENTAKA - Cerita Hornet Kuwait Bah. 2.

May be an image of aircraft and skyFOTO: Bayangkan lapan F/A-18D Hornet TUDM buat maritim strike dengan empat lagi F/A-18D buat top cover. Mau huru- hara armada kapal perang musuh

Cerita Hornet Kuwait tak habis lagi...

Ramai yang memberikan komen bernas tentang posting RENTAKA semalam. Dalam pada itu, Tim RENTAKA ingin menegaskan bahawa posting semalam tidak bermakna rancangan kerajaan untuk membeli pesawat pejuang Hornet Kuwait adalah satu langkah yang kurang bijak. Apa yang ingin disampaikan oleh tim RENTAKA adalah agar sikap berhati-hati, kajian mendalam serta "due diligence" haruslah dibuat sebelum keputusan atau langkah seterusnya diambil.


Sebenarnya agak mengejutkan juga bila melihat agak ramai pembaca yang kurang bersetuju dengan rancangan pembelian Tebuan Kuwait ini, lebih- lebih lagi selepas membaca posting RENTAKA semalam. Jadi semalam tim RENTAKA berbincang (seperti biasa, di mamak la! Semua dah 2 dos dahhh...) dan ada satu sudut pandangan yang agak menarik dizahirkan oleh salah seorang ahli tim yang dirasakan wajar untuk dikongsi bersama pembaca.

Walaupun Hornet Kuwait ini diakui lebih rendah keupayaannya berbanding Hornet TUDM, ia memiliki satu kualiti utama yang mungkin sukar untuk dijumpai pada mana- mana "Legacy Hornet" sekarang iaitu low hours airframe atau pesawat yang masih memiliki jangkahayat yang panjang (jangkahayat pesawat dikira mengikut jam penerbangan, bukannya ikut tahun macam kereta atau manusia. Ingat aaa...). Jadi bayangkan Hornet Kuwait umpama satu lukisan yang belum siap dan masih boleh diubah dan ditokok tambah untuk menjadi sebuah lukisan yang jauh lebih hebat. Sudah pastinya ia memerlukan pelaburan masa dan kos yang agak tinggi tetapi potensinya juga adalah besar.

Ramai pembaca yang cukup berminat dan sabar menanti keputusan tender pesawat pejuang ringan/ pesawat latihan (LCA/FLIT). Ramai juga yang mahukan TUDM mengoperasikan pesawat baru dan "berbau kedai" (hahaha...). Walaubagaimanapun, pesawat pejuang ringan adalah untuk tugas tempur ringan atau jarak dekat. Untuk mengasah kukunya sehingga mampu bertempur seperti pesawat pejuang biasa, ia memerlukan kerja- kerja naik taraf tambahan dengan kos yang juga bukan murah. Hampir kesemua calon- calon pesawat LCA TUDM pada masa ini hanya mampu untuk membawa persenjataan jarak dekat.

Apa kata jika peruntukan untuk membeli pesawat pejuang ringan digunakan untuk mengurangkan menaik taraf pesawat pejuang Hornet yang dibeli daripada Kuwait? Ini termasuklah menggantikan radar pesawat dan kerja- kerja menaik taraf ke 25X Standard. Ini akan menjadikan keupayaannya sama seperti Hornet TUDM yang sedia ada. Kerja-kerja naik taraf dilakukn secara berperingkat- peringkat agar TUDM mempunyai 8 buah pesawat Hornet pada sebilang masa. Sebaik sahaja kerja- kerja naik taraf tersebut siap, TUDM tidak memiliki 8 buah pesawat pejuang ringan sebaliknya 8 buah pesawat pejuang generasi 4.5. Bukan itu sahaja, negara akan memiliki 16 buah pesawat pejuang dengan keupayaan yang mirip kepada pesawat pejuang Super Hornet untuk menjaga ruang udara dan membekalkan daya cegah rintang sehinggalah ke tahun 2035- 2040.

Bagaimana pula dengan tugas tempur ringan? Ia boleh dilakukan oleh pesawat latihan yang sedang dipilih menerusi tender LCA/FLIT. Sekiranya pesawat T-7 Redhawk dipilih, ia mungkin boleh dikembangkan lagi keupayaannya menjadi sama seperti keupayaan pesawat tempur ringan di masa hadapan.

Amacam, menarik tak point of view ahli tim RENTAKA yang malu- malu ungka untuk menonjolkan diri itu?

Apa pendapat pembaca setia RENTAKA?

#RENTAKAkisahhornetkuwait

Most Read