Rentaka's Special Column

Picture
PDRM Marine Police: Picture abnxcess
By: DSP Ahmad Ariffin

Semasa Ops Pasir mula dilaksanakan pada awal tahun 2001, CP Sabah pada ketika itu, telah mengarahkan kapal dan botronda PDRM untuk menembak mana-mana vessel yang tidak mahu berhenti untuk pemeriksaan apabila diminta. Namun tindakan melepaskan tembakan adalah cara terakhir dalam tindakan ROE dan tembakan tersebut tidaklah mendatangkan kematian melainkan pesalah itu terbabit telah melakukan kesalahan yang membolehkan dia dipenjara seumur hidup atau dihukum dengan hukuman mati. Saya semasa itu sebagai Peg Pemerintah kapalronda PX 18 Sri Labuan semasa zaman kuda makan tembaga, telah beberapa kali saya menjalankan ROE yang diarahkan. Memang bot yang dipanggil akan terus berhenti apabila tembakan senjata kecil dilepaskan kearah bow bot tersebut.
 
Dalam situasi yang lain pula, apabila menerima maklumat terperingkat berkenaan kumpulan militant yang bersenjata, arahan dari Pegawai Gerakan amat mudah iaitu ‘Lenyapkan dari permukaan’ sekiranya bertembung. Namun begitu, rata-rata pegawai pemerintah kapal Polis tidak buta undang-undang dan tetap akan melaksanakan ROE kecuali terpaksa.

Polis Marin dan TLDM mempunyai ROE mereka masing-masing dan tindakan tembak telah nyata disebut dalam perlaksanaan ROE sejak dulu lagi dan tidak perlu mendapat kelulusan tertinggi pemerintah atau kerajaan. Ia adalah seperti salah satu surah dalam kitab di kapalronda. Pegawai pemerintah kapal seharusnya tahu bila tindakan ROE boleh dilaksanakan dan akan bertindak secara ‘Suci Hati’ seperti yang di peruntukkan dalam undang-undang Malaysia. Dengan mengambil kira Innocent Passage sesebuah kapal atau bot dari negara jiran seperti termaktub di dalam perkara 19 UNCLOS (United Nations Convesion Law of the Sea) bukan mudah untuk pegawai pemerintah kapal mengeluarkan arahan tembak kecualilah perairan laut Sabah terutama di kawasan ESSZONE telah diisthiarkan ‘War Zone’.
 

About The Writer:

Picture
DSP Ahmad Ariffin telah berkhidmat selama 15 tahun di dalam Polis Gerakan Marin. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam penguatkuasaan undang2 maritim dan merupakan bekas pegawai memerintah kapal PX18 Sandakan. Kini DSP Ahmad Ariffin bertugas di IBU pejabat polis bukit aman.

Most Read