May be an image of 3 people and road

 
 
Setelah 7 hari Perang Ukraine-Rusia bermula.
Oleh Luqman Hakim
 
Setelah lama menyimpan hasrat hasrat untuk menukilkan sesuatu berkenaan konflik Rusia- Ukraine, kini barulah penulis mendapat inspirasi untuk bangkit dan menulis sepertimana bangkitnya seorang YB tatkala menjelang pilihanraya
 
Kini telah masuk hari ke-7 sejak bermulanya serangan dari Rusia ke atas Ukraine. Tindakan susulan yang diambil Barat adalah untuk mengenakan sekatan ekonomi sekeras-kerasnya terhadap Rusia, mengakibatkan matawang Ruble jatuh menjunam umpama terjun daripada tingkat 14.
 
Tetapi, itu bukanlah apa yang ingin diulas hari ini sebaliknya melihat dan membincangkan tentang operasi tentera yang berlaku sepanjang 7 hari serangan ini berlaku.
“Amateurs talk strategy. Professionals talk logistics." - General Omar Bradley, US Army
 
Daripada sudut pandangan Ukraine, ketumbukan utama tentera Rusia terdiri daripada 3 bahagian iaitu di utara, timur dan selatan Ukraine. Lebih jelas lagi kedudukan utama tentera Rusia adalah:
Di utara, bersempadan dengan Belarus.
Di timur, bersempadan dengan Rusia.
Di selatan, wilayah Crimea, Donestk, dan Luhansk yang telah ditawan oleh Rusia daripada Ukraine pada tahun 2014.
 
Pada awal tahun ini, Rusia telah mengadakan latihan ketenteraan di utara bersama Belarus (utara), dan juga berhampiran sempadannya dengan Ukraine. Apabila ketumbukan ini dikecam oleh Barat, pihak Rusia mengatakan latihan ini semuanya hanyalah latihan berkala, seperti mana berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.
Serangan Ke Atas Ukraine Bermula.
 
24 Februari 2022, awal pagi sebelum subuh waktu Ukraine, tentera Rusia mula mengebom wilayah Ukraine termasuk ibu kotanya, Kiev dengan menyasarkan semua pusat pemerintahan tentera Ukraine, lapangan terbang, pesawat serta kem- kem tentera. Selain daripada menggunakan pelancar roket dan pesqawat pejuang, Rusia turut melancarkan serangan peluru berpandu kruis terhadap sasaran penting terutamanya yang berada jauh di dalam wilayah Ukraine.
 
Pujian harus diberikan kepada perisikan Amerika kerana berjaya menjangka serangan Rusia terhadap Ukraine akan mulakan pada 16 February 2022 berdasarkan perisikan fotografi satelit, udara, komunikasi yang dipintas serta maklumat dalaman daripada tentera Rusia sendiri.
 
Persenjataan moden seperti FGM-148 Javelin dan NLAW yang diberi sebagai hadiah dari pihak Barat dalam tempoh sebulan sebelum serangan Rusia dilaporkan banyak merosakkan operasi darat Rusia. Dikhabarkan Ukraine sengaja membiarkan konvoi kereta perisai melepasi jambatan sebelum meruntuhkan jambatan tersebut. Natijahnya konvoi tersebut terputus hubungan fizikal dengan bantuan logistik dan menyebabkan banyak kereta perisai Rusia tersadai akibat kehabisan bahan api.
 
Setiap konvoi perang Rusia ditandakan pada setiap kenderaannya dengan huruf samada Z, V atau O. Ini agak memeranjatkan penganalisa kerana huruf Z tidak wujud dalam huruf cyrillic Rusia. Huruf "Z" ditulis sebagai "3" dalam cyrillic, jadi apakah maksud huruf yang ditulis diluar kenderaan mereka? Menurut penganalisa, huruf- huruf tersebut berkemingkinan bermaksud:
Z = Zapad (Barat)
V = Vostok (Timur)
O = Ogon (diragui, tak pasti)
 
Gelombang pertama tentera Rusia dipercayai adalah terdiri daripada askar kerahan yang dihantar tanpa arahan jelas, tanpa halatuju dan bekalan logistik yag mencukupi. Padahnya, mereka kebannyakannya menyerah diri tanpa melawan. Malah ramai yang hairan mengapa mereka dihantar untuk berperang dengan Ukraine. Ada juga diantara mereka diberitahu oleh pegawai mereka bahawa penduduk Ukraine akan menyambut mereka dengan bendera merah. Sebaliknya rakyat Ukraine keluar dan mula memaki hamun mereka secara berjemaah dan menyebabkan mereka menjadi lebih keliru.
 
Walaupun begitu terdapat pasukan khas Rusia, Spetsnaz, yang dikerahkan untuk masuk terlebih dahulu untuk tugas peninjauan di bandar-bandar dan jalan- jalan utama yang bakal dilalui oleh tentera Rusia apabila serangan bermula. Pun begitu ada diantara mereka terdedah identiti mereka kerana:
1) Bertutur dengan pelat Rusia.
2) kenderaan mereka mempunyai logo huruf Z
3) Dilengkapi dengan persenjataan yang tidak digunakan oleh tentera Ukraine
4) Komunikasi radio mereka dipintas oleh perisikan barat
5) Merempuh sekatan jalanraya
 
Harapan Rusia untuk mengambil lapangan terbang Hostomel berhampiran ibu kota Kyiv gagal apabila tentera Ukraine di situ berjaya menghalang kemaraan paratrooper VDV daripada menawan tempat tersebut. Ini ditambah lagi dengan laporan satu pesawat pengangkut sarat dengan paratooper Il-76 ditembak jatuh oleh tentera Ukraine. Walau bagaimanapun bangkai kapal terbang tersebut tidak ditemui, dan kesahihan berita ini diragukan.
 
Kelemahan Tentera Rusia.
Tentera Rusia bergerak hanya pada waktu siang, dan sebab dua-dua pihak menggunakan peralatan sama, mereka menandakan kenderaan mereka dengan Z/V/O supaya tidak tertembak kawan sendiri.
Hanya bergerak pada waktu siang juga mendedahkan bahawa Rusia tidak ada kemampuan untuk bertempur waktu malam. Askar peringkat bawahan tidak diberikan alat pandang malam dan akibatnya mereka menjadi lauk apabila diserang oleh pasukan khas Ukraine yang dilatih oleh Amerika dalam pertempuran malam.
 
Tentera Udara Rusia seakan lumpuh sepenuhnya pada hari ke-3 apabila tiada pesawat pejuang dilihat berlegar-legar di atas ruang udara Ukraine. Penguasaan udara sepenuhnya yang sepatutnya dicapai oleh mereka seperti gagal untuk diperolehi.
 
Tiada perhubungan komunikasi antara unit-unit bawahan, malahan radio pun tidak ada pada setengah konvoi.
Salah satu percaturan yang salah panglima-panglima Rusia adalah mereka mengharapkan semangat juang tentera Ukraine akan runtuh sebaik sahaja serangan dimulakan. Oleh itu mereka menganggap Kyiv akan dapat dikepung dalam masa seminggu selepas serangan bermula dan tidak perlu diserang untuk ditawan.
 
Daripada aspek perang siber dan propaganda pula menunjukkan agensi propaganda Rusia seperti Russia Today dan Ria Novosti seakan tidak bersedia menghadapi perang kerana mereka seolah- olah tidak aktif selama 6-7 hari selepas serangan bermula sebelum aktif secara tiba- tiba.
 
Akibatnya segala maklumat penting yang didapati adalah bersumberkan daripada media barat yang menunjukkan salahlaku serta penawanan tentera Rusia.
Rakyat Rusia sendiri yang terpengaruh dengan menerima berita tersebut dikatakan telah merusuh di luar Moscow untuk memprotes perang yang dianggap sebagai perang saudara.
 
Artikel diatas adalah merupakan sumbangan daripada penulis tamu. Bagi yang berminat untuk menyertai segmen penulis tamu RENTAKA, bolehlah menghubungi admin RENTAKA.
 

Most Read