ATM dan Jerebu?

No photo description available.

 
Samada sengaja ataupun tidak, Latihan Kuasa Tembakan (LKT) TDM yang dilakukan saban tahun lazimnya seiringan dengan bencana jerebu daripada negara jiran. Mungkin ada yang tertanya tentang kewajaran latihan tersebut dilakukan ketika musim jerebu memandangkan jarak penglihatan yang sangat terhad. Iya lah, kalau dah tak nampak, nak demonstrasikan apa, dak gitu?
 
Sebenarnya keadaan berjerebu ini adalah waktu dan ketika yang sangat sesuai untuk melakukan demonstrasi kuasa tembak mahupun latihan perang untuk aset- aset utama TDM. Ini adalah kerana keadaan berjerebu dapat mensimulasikan keadaan di medan peperangan sebenar iaitu sentiasa diselubungi oleh asap, jarak peglihatan yang dekat dan tidak jelas. Satu lagi sebab adalah kerana keadaan jerebu akan melatih atau lebih tepat lagi, memaksa anggota untuk berlatih dengan lebih keras untuk memastikan sistem persenjataan mereka untuk berfungsi dengan baik dan mengajar anggota bagaimana untuk terus beroperasi sekiranya sistem persenjataan mereka tidak dapat beroperasi dengan baik.
 
Kurang faham? Begini. Kebanyakan senjata moden menggunakan laser sebagai salah satu komponen utama samada sebagai sistem panduan ataupun untuk mengukur jarak dengan tepat bagi membolehkan sistem kawalan tembakan membidik dengan tepat. Masalahnya (yang jarang diberitahu oleh firma pengeluar senjata) laser tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan persekitaran yang berasap atau berjerebu (sedangkan keadaan di medan pertempuran lazimnya begitu. Ironi bukan?). pancaran laser boleh dan mudah untuk tertahan, terbias atau terserak oleh persekitaran yang berasap atau berjerebu.
 
Jadi, secara sengaja ataupun tidak, negara jiran sebenarnya memberikan satu persekitaran yang terbaik untuk ATM membuat latihan peperangan kerana keadaan berjerebu hampir menyamai keadaan peperangan sebenar.