Ukrainian Army knocked down Russian Orlan-10 drone

Terdapat banyak kelas dan jenis UAV/dron yang berkhidmat di seluruh dunia pada masa kini. Dron pada asalnya digambarkan sebagai mata dan telinga angkatan tentera sesebuah negara dan pada konsepnya direka sebagai satu aset murah yang bersifat mudah untuk dikorbankan. Oleh itu agak menghairankan bagaimana dalam konflik mahupun peperangan, pihak yang bertelagah berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan atau memusnahkan dron pihak lawan pada hampir apa jua kosnya. Agak membingungkan apa melihat dron yang berharga ribuan ringgit ditembak menggunakan peluru berpandu yang setiap satunya mungkin bernilai ratusan ribu atau jutaan ringgit ?


Satu trend yang dilihat semakin popular dewasa ini adalah penggunaan kenderaan pacuan empat roda yang direka untuk kegunaan awam telah mula merebak penggunaannya kepada tentera. Biarpun penggunaan kenderaan pacuan empat roda biasa dalam konflik bukanlah sesuatu yang baru malah telah didokumentasikan sejak dekad 1970an lagi, populariti  dan keberkesanannya telah mula mendapat perhatian daripada pihak tentera. Jika dahulu, hanya pasukan khas dalam misi- misi tertentu sahaja yang menggunakan kenderaan seperti ini, kini ia adalah satu pemandangan biasa di kem- kem tentera terutamanya di negara- negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Konflik- konflik di negara- negara Arab terutamanya di Libya dan Syria menyaksikan kenderaan pacuan empat roda dipasang dengan pelbagai jenis persenjataan daripada mesingan hinggalah ke mortar dan meriam howitzer. Akan tetapi yang paling menarik perhatian adalah kenderaan 4x4 yang dipasang dengan mesingan berat atau meriam anti pesawat berkaliber kecil. Kenderaan yang digelar "Technicals" ini memiliki bukan sahaja kelajuan dan kelincahan yang tinggi tetapi kuasa tembak mantap yang mampu mengkucar- kacirkan pihak lawan. Jika ia membawa pelancar peluru berpandu anti armor, maka ia boleh menyerang hendap kereta kebal atau kenderaan tempur musuh sebelum dengan pantas melarikan diri. Technicals yang membawa meriam anti pesawat berkaliber kecil (sebagai contoh, meriam ZSU 23-2) bukan sahaja berkesan terhadap pasukan infantri tetapi juga terhadap kenderaan berarmor nipis seperti APC. Tembakannya juga mampu untuk menembusi armor sisi dan belakang kenderaan tempur serta mampu merosakkan peralatan serta sistem optronik yang ada diluar turet MBT.


A warplane is seen being shot down over the outskirts of Benghazi, eastern Libya, March 19, 2011


Tidak ramai yang mengetahui wujudnya pembunuh bersiri semasa Operation Desert Storm berlangsung. Sasaran utama pembunuh bersiri adalah pesawat pejuang Amerika dan sekutunya. Yang mengejutkan adalah pembunuh bersiri ini bukanlah seorang manusia.

Terkejut?

Ya, pembunuh bersiri tersebut adalah robot, tapi bukan seperti robot Terminator T-100 lakonan Arnold Alois Schwarzenegger.

Sebelum Operation Desert Storm bermula, ancaman Tentera Udara Iraq bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Ia memiliki ratusan pesawat tempur dan ribuan juruterbang tempur yang berpengalaman hasil daripada perang menentang Iran. Bukan itu sahaja malah Iraq memiliki ratusan atau ribuan peluru berpandu balistik Scud. Jadi tidak hairanlah bukan sahaja negara- negara arab yang menjadi sekutu Amerika juga ketakutan, malah Amerika juga kerisauan dengan ancaman udara Iraq.

Untuk melegakan hati semua pihak, maka Amerika mula menghantar sistem pertahanan udara tercanggihnya iaitu MIM-104 Patriot. Sistem pertahanan udara ini cukup canggih sehinggakan ia mampu untuk diprogramkan agar boleh bertindak sendiri tanpa perlu campurtangan daripada operatornya. Oleh kerana ancaman peluru berpandu balistik Scud Iraq memerlukan Patriot bertindak pantas, ia lazimnya diletakkan pada mod automatik sepenuhnya. Sistem Patriot beroperasi dengan cemerlang dan memberikan perisai udara yang cukup utuh kepada Amerika serta sekutunya.

Kisah bermula apabila Amerika melancarkan Operation Iraqi Freedom pada tahun 2003. Kekuatan Tentera Udara Iraq hampir musnah tetapi berbeza pula dengan kekuatan pertahanan udara Iraq. Ia masih mampu memberikan tentangan hebat terutamanya terhadap pesawat yang terbang rendah. Pada bulan Mac 2003 ketika Operation Iraqi Freedom sedang hangat berlangsung, sebuah pesawat penyerang Tornado telah ditembak jatuh ketika dalam perjalanan pulang daripada misi pengboman di Iraq. Kedua- dua juruterbangnya telah terkorban. Tidak lama kemudian, sebuah pesawat pejuang F-16 telah disasarkan oleh radar pertahanan udara yang mana pesawat tersebut segera melancarkan satu peluru berpandu anti radiasi AGM-88 HARM ke arah radar tersebut. Peluru berpandu tersebut dikatakan tepat mengenai sasarannya dan tiada lagi pancaran radar dikesan daripada sistem pertahanan udara tersebut. Bulan April 2003 turut membawa perkhabaran duka apabila sebuah lagi pesawat pihak bersekutu telah berjaya ditembak jatuh dan sekali lagi, juruterbangnya turut terkorban. Kali ini pesawat yang menjadi korban adalah pesawat pejuang F/A-18C Hornet milik Tentera Laut Amerika. Ia ditembak jatuh ketika melakukan misi pengeboman di selatan Iraq. Apakah sistem pertahanan udara Iraq begitu efektif sekali sehinggakan mampu menembak jatuh dua pesawat pihak bersekutu dan meragut tiga nyawa krew pesawat dalam masa jangkamasa yang pendek dan daripada jarak jauh?

Siasatan yang dilakukan oleh tentera Amerika serta sekutunya mendapati ketiga- tiga pesawat tersebut sebenarnya menjadi mangsa kepada peluru berpandu sistem pertahanan udara MIM-104 Patriot. Siasatan lanjut mendapati, diatas sebab- sebab yang tidak dapat dipastikan (atau tidak dapat didedahkan), sistem pertahanan udara MIM-104 Patriot seringkali mengklasifikasikan pesawat pejuang pihak bersekutu sebagai roket milik Iraq yang dilancarkan ke pangkalan udara pihak bersekutu di Kuwait dan Arab Saudi. Terdapat kisah- kisah di mana juruterbang pesawat pejuang seringkali bertekak dengan krew pesawat AWACS untuk memberitahu dengan kadar segera kepada operator Patriot bahawa ia sedang mengunci pesawat sahabat. Malah, kejadian sistem Patriot telah mengunci pesawat sahabat dan bersedia untuk melancarkan peluru berpandunya bukahlah sesuatu yang berlaku secara sekali- sekala. Rata- rata juruterbang pesawat pejuang pihak bersekutu lebih risau tentang perangai pelik sistem Patriot yang umpama pembunuh bersiri daripada risau tentang tentangan tentera Iraq. Setiap kali pesawat pejuang pihak bersekutu dalam perjalanan kembali ke pangkalan udara mereka, sudah pastinya adrenalin juruterbang akan naik tinggi dan mereka sentiasa berjaga- jaga terhadap tindak tanduk sistem Patriot.

Melalui sumber- sumber terbuka, tidak dapat dipastikan mengapa sistem Patriot bertindak sedemikian dan mengapa ia gagal untuk mengenalpasti pesawat sahabat sedangkan setiap pesawat telah memancarkan kod yang betul melalui sistem pengenalan pesawat kawan atau lawan (Identification Friend or Foe- IFF). Terdapat kemungkinan bahawa terdapat sistem IFF yang mengalami kerosakan atau memancarkan kod yang salah. Pun begitu, kes sistem Patriot menyasarkan atau menembak jatuh pesawat sahabat telah menyebabkan berlaku pergeseran diantara juruterbang pesawat pejuang Amerika dan operator sistem Patriot. Malah ada juruterbang yang menyatakan bahawa mereka tidak teragak- agak untuk melancarkan peluru bepandu ke arah pelancar sistem Patriot sekiranya mereka disasarkan. Tentera Darat Amerika pula mengarahkan agar sistem Patriot tidak diletakkan di dalam mod automatik sepenuhnya untuk menghalang daripada berlaku lagi kejadian yang sama. Pada masa yang sama mereka turut berjanji untuk menyelesaikan masalah ini.

Hampir 20 tahun kemudian, sistem Patriot masih utuh sebagai sistem pertahanan udara jarak jauh utama Amerika dan sekutunya. Ia bertindak cemerlang dalam menangkis serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh puak Houthi terhadap sasaran di Arab Saudi dan UAE.

Adakah ia masih memiliki mentaliti pembunuh bersiri seperti dahulu? Tiada siapa yang tahu.

Trivia RENTAKA- Mengapa pegawai perubatan tentera Amerika hanya dilatih di hospital bandar- bandar utama Amerika.

May be an image of one or more people and outdoors

Percaya ataupun tidak, pegawai perubatan tentera Amerika dilatih merawat kecederaan dan trauma akibat pertempuran bukanlah di tengah- tengah medan perang tetapi sebaliknya di hospital- hospital utama di bandar- bandar utama Amerika seperti Chicago.

Trivia RENTAKA - Sistem pertahanan udara Albatros

May be an image of outdoorsPeluru berpandu Aspide Mk.1 meluru ke sasaran!

Albatros. Satu nama yang sangat kurang dikenali oleh kebanyakan peminat ketenteraan tempatan. Malah sekarang ini nama tersebut telah mula luput dalam ingatan. Namun begitu pengenalannya di dalam perkhidmatan TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan armada tetapi juga merevolusikan keupayaan pertahanan udara negara.
Page 1 of 5

Most Read