No photo description available.

 

M203 adalah pelancar grenad yang mana kepentingannya seringkali dilupakan tetapi kuasa tembak yang diberikannya amat penting ketika bertempur. Pelancar grenad secara amnya adalah senjata yang cukup efektif digunakan terhadap infantri musuh. Londarannya juga memastikan ianya boleh digunakan terhadap musuh yang berlindung di dalam parit pertahanan mahupun di sebalik perlindungan yang kukuh.

No photo description available.

'Missing Man' adalah formasi yang dilakukan dalam penerbangan lintas hormat sempena majlis pengebumian atau peringatan, terutama kepada anggota tentera udara yang gugur dalam perkhidmatan atau ketika kematian negarawan dan biasa dilakukan perkhidmatan udara angkatan tentera Barat.

Pesawat pejuang F/A-18C sedang menyemai periuk api Quick Strike dalam satu latihan perang.

Sekilas pandang, bom dalam gambar ini adalah bom Mk. 82 biasa. Benar, ini adalah bom Mk. 82 tetapi telah diubahsuai menjadi periuk api yang dikenali sebagai Mk. 65 Quick Strike mines.
 

Bot CB 90H TLDM sedang memecut laju. (Foto: Dockstavarvet AB)

Sebut sahaja bot CB 90 tentu ramai yang tahu. Bot yang dioperasikan oleh TLDM ini memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan di peraioran Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan dalam jagaan ESSCOM. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa bot CB 90 mempunyai kembar tak serupa. Kembar yang dimaksudkan adalah bot IC 16 M.

Sesuatu yang kita mungkin pernah lihat tetapi tidak mengetahui signifikannya adalah apabila laras meriam kecil pada APC TDM mampu didongakkan begitu tinggi. Satu sebab yang boleh difikirkan mengapa laras meriam kecil tersebut mampu didongakkan sedemikian rupa adalah bagi membolehkan sasaran yang berada di tempat yang tinggi, seperti di dalam bangunan tinggi, untuk dihentam.
Page 5 of 5

Most Read