Kerjasama pembangunan bahan api biojet diantara Sweden dan Brazil
Ada satu berita yang menarik tetapi kurang diberi perhatian oleh peminat ketenteraan tempatan; Sweden telah menguji penggunaan bahan api biojet pada enjin pesawat pejuang JAS39 Gripen. Setakat ini ujian tersebut berjaya dan tiada kesan buruk dikesan di sepanjang ujian yang berlangsung selama tiga jam.
Malangnya bahan api biojet tersebut adalah campuran aviation kerosene dan alkohol pada nisbah campuran 50-50. Tapi mengapa alkohol? Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana Brazil yang merupakan pengguna terbesar pesawat F39E Gripen (Gripen NG) adalah juga salah satu pengeluar alkohol/ ethanol terbesar di dunia.
Minyak kelapa sawit juga kini telah diuji sebagai salah satu bahan utama biojet. Mungkin kalau kerajaan memilih pesawat pejuang Gripen, tidak mustahil Sweden boleh dipujuk untuk membangunkan program pembangunan biojet berasaskan minyak kelapa sawit sebagai salah satu program timbal-balas. Sekiranya berjaya, sudah tentunya harga kelapa sawit akan meningkat dan ramai pekebun kecil sawit akan tersenyum girang. Itu belum lagi mengambil kira penurunan kos operasi disebabkan harga biojet yang lebih murah dan lebih mesra alam.
Lebih sebab untuk memilih Gripen!
p/s: Artikel ini tidak dibayar siarannya oleh mana- mana pihak