Bot CB 90H TLDM sedang memecut laju. (Foto: Dockstavarvet AB)

Sebut sahaja bot CB 90 tentu ramai yang tahu. Bot yang dioperasikan oleh TLDM ini memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan di peraioran Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan dalam jagaan ESSCOM. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa bot CB 90 mempunyai kembar tak serupa. Kembar yang dimaksudkan adalah bot IC 16 M.
Bot IC 16 M dibangunkan menggunakan rekabentuk CB 90 serta komponen- komponen utamanya tetapi dengan rekabentuk kabin kawalan yang berbeza. Namanya IC 16 M adalah singkatan kepada perkataan Interceptor Craft 16 Meter atau Bot Pemintas 16 Meter. Sesuai dengan namanya, bot ini mampu memecut sehingga mencapai kelajuan 50 knots dan kuasa pecutan dibekalkan oleh dua enjin MAN D2842 LE410 manakala sistem dorongan jet air jenis Rolls-Royce Kamewa FF-410 bersama Stromag couplings and shafts memastikan ia lincah ketika bergerak di permukaan laut serta mampu beroperasi di perairan yang cetek. Setiap bot IC 16 M dilengkapi dengan sistem naviogasi Furuno Navnet. Bot ini mampu membawa krew seramai 6 orang. Meskipun direka sebagai bot pemintas, ia tetap dilengkapi dengan kabin, pantri, bilik mes dan tandas untuk keselesaan krew terutamanya apabila meronda buat beberapa hari.
 
No photo description available.
Bot Perantas IC 16 M KDRM yang menjadi salah satu aset penting menentang penyeludupan di laut. (Foto: Dockstavarvet AB)

Sebanyak empat bot IC 16 M telah dioperasikan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bermula dari tahun 2004. Dikenali sebagai Perantas, bot ini ditugaskan untuk meronda dan memintas bot- bot pancung daripada negara jiran. Pada tahun 2009, empat lagi bot IC 16 M telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan kali ini bersama Polis Gerakan Marin (PGM) yang menggunakannya secara intensif dalam rondaan di sekitar perairan Sabah dan Sarawak. Satu lagi fakta yang tidak disedari ramai adalah meskipun bot ini adalah rekaan firma Dockstavarvet daripada Sweden, kesemua bot IC 16 M yang digunakan oleh KDRM dan PGM dibina oleh limbungan tempatan iaitu DNSS Boat Builder Sdn. Bhd. di Miri Sarawak.

No photo description available.
Pandangan di dalam kabin kawalan bot IC 16 M yang serba canggih. (Foto: Dockstavarvet AB)