Fast Attack Craft (FAC)

No photo description available.

Kapal serang laju atau Fast Attack Craft (FAC) digeruni kerana kerana kuasa tembak yang dimilikinya berbanding saiznya yang kecil. Umpama cili padi, ia direka untuk menyerang hendap kapal perang muduh yang jauh lebih besar dan memecut pergi dengan laju sebaik sahaja selepas melancarkan peluru berpandunya. Taktik yang sering digunakan oleh FAC adalah dengan bersembunyi di kawasan perairan cetek, pulau- pulau kecil atau laluan perkapalan yang sibuk sebelum menyerang secara tiba- tiba.


Pun begitu, FAC mempunyai satu kelemahan yang ketara - ia lazimnya tidak dilengkapi dengan sistem pertahanan udara yang baik. Oleh kerana itu lazimnya helikopter atau pesawat dihantar untuk meninjau kawasan- kawasan dimana FAC mungkin bersembunyi untuk menyerang hendap. Sekiranya dijumpai, helikopter/ pesawat akan menyerang FAC menggunakan peluru berpandu daripada jarak yang selamat. Sekiranya peluru berpandu mengenai tepat pada FAC, ia lazimnya akan mengakibatkan kemusnahan yang serius kepada FAC tersebut.