Pesawat pejuang F/A-18C sedang menyemai periuk api Quick Strike dalam satu latihan perang.

Sekilas pandang, bom dalam gambar ini adalah bom Mk. 82 biasa. Benar, ini adalah bom Mk. 82 tetapi telah diubahsuai menjadi periuk api yang dikenali sebagai Mk. 65 Quick Strike mines.
 
Periuk api ini khusus untuk disemai di perairan yang cetek seperti di kawasan muara, pesisir pantai dan kawasan pelabuhan. Untuk mengubah daripada bom Mk. 82/83 menjadi periuk api Mk. 65 Quick Strike mines adalah amat mudah dan hanya melibatkan penukaran fius bom biasa dengan alat yang dipanggil Target Detection Device (TDD). Alat inilah yang akan meletupkan periuk api apabila ia mengesan terdapat kapal yang melalui dalam jarak letupannya.
 
No photo description available.
Periuk api Mk. 65 Quick Strike yang diasaskan daripada bom Mk. 82/83.
 
Periuk api ini boleh dibawa dan disemai oleh mana- mana pesawat yang boleh membawa bom Mk. 82/ 83 dan cara pemasangan serta penyemaiannya pun adalah sama. Oleh itu ia mudah untuk dikendalikan dan disemai tanpa memerlukan latihan yang khusus. Musuh juga mungkin tidak menyedari bahawa laluan perkapalan mereka telah disemai dengan periuk api sebaliknya mungkin menyangkakan yang juruterbang pesawat telah melakukan kesilapan dan mengebom di kawasan yang salah!

No photo description available.

Komponen- komponen utama periuk api Mk. 65 Quick Strike.