Sesuatu yang kita mungkin pernah lihat tetapi tidak mengetahui signifikannya adalah apabila laras meriam kecil pada APC TDM mampu didongakkan begitu tinggi. Satu sebab yang boleh difikirkan mengapa laras meriam kecil tersebut mampu didongakkan sedemikian rupa adalah bagi membolehkan sasaran yang berada di tempat yang tinggi, seperti di dalam bangunan tinggi, untuk dihentam.
Perkara ini pernah terjadi semasa operasi pengaman di Somalia apabila pemberontak Somalia menyerang bangunan mahkamah daripada bangunan berdekatan. APC Condor MALBATT telah bertindak mempertahankan diri dengan membalas serangan menggunakan meriam 20mm pada turet FVT900 mereka. Keupayaan laras meriam untuk didongakkan tinggi amat membantu dalam menghentam sasaran yang berlindung di tingkat tinggi.

Satu lagi signifikannya aras meriam kecil tersebut mampu didongakkan adalah ia memberikan APC keupayaan pertahanan udara jarak sangat dekat terutamanya terhadap ancaman helikopter penyerang, helikopter bersenjata dan juga pesawat penyerang ringan.