No photo description available.

'Missing Man' adalah formasi yang dilakukan dalam penerbangan lintas hormat sempena majlis pengebumian atau peringatan, terutama kepada anggota tentera udara yang gugur dalam perkhidmatan atau ketika kematian negarawan dan biasa dilakukan perkhidmatan udara angkatan tentera Barat.

 
Bagi perkhidmatan udara angkatan tentera Amerika Syarikat, formasi ini pada asasnya menggunakan formasi asas taktikal 'finger four' yang terdiri dari dua elemen (setiap elemen mengandungi dua pesawat). Formasi ini akan terbang rendah di atas majlis yang dijalankan dan ketika melintasi kawasan berkenaan ketua elemen kedua (yang terbang ke kanan sedikit belakang elemen pertama) akan secara tiba-tiba meninggalkan formasi tersebut manakala tiga lagi pesawat meneruskan penerbangan seperti biasa. versi lama formasi ini dilakukan dengan hanya tiga pesawat sahaja, dengan kedudukan ketua elemen kedua kosong (menjadikan ianya diberi nama 'missing man'). Satu lagi variasi ialah formasi tiba dari arah selatan ketika menjelang senja dimana salah satu pesawat akan dengan pantas mengubah haluan ke Barat iaitu matahari terbenam.

No photo description available.

Apa pun variasi yang dibuat, pesawat yang tiada (atau meninggalkan formasi) ialah simbolik bagi menghormati simati. Seperti dinyatakan, selain anggota tentera yang terbunuh ketika dalam perkhidmatan, ianya juga dibuat bagi menghormati individu terkenal, mereka yang pernah berjasa, negarawan serta bekas anggota tentera dengan rekod cemerlang.

Antaranya:
Dale Earnhardt Jr - legenda Indy Car
Neil Armstrong - bekas juruterbang USN, angkasawan
Col Avery Kay - 'bapa' program A-10