Trivia RENTAKA: Kepincangan USAF terserlah semasa peristiwa 9/11 bahagian 1

No photo description available.

Semasa peristiwa 9/11 sedang berlaku, Tentera Udara Amerika tidak berupaya untuk mengesan pesawat yang telah dirampas untuk dipintas. Ini adalah kerana kesemua radar partahanan udaranya dioptimakan untuk mengesan pesawat tentera musuh yang cuba menyerang daripada luar dan bukannya untuk mengesan pesawat awam. Bidang kuasa tersebut adalah dibawah FAA.


Walaupun FAA mempunyai maklumat tersebut, ia tidak dapat disampaikan dengan pantas kerana tiada talian khusus atau teleconferencing yang membolehkan FAA dan Tentera Udara Amerika untuk berhubung dan bertukar maklumat secara terus. Hasil kerja keras staf kedua- dua agensi tersebut barulah satu talian terus diantara kedua- dua agensi secara "bidan terjun" dapat dibuat. Pun begitu, maklumat penting masih lagi tidak dapat disampaikan kerana kedua- dua agensi menggunakan
istilah dan terminologi yang berbeza dan menyebabkan berlakunya salah faham dan mengusutkan lagi keadaan.

Mengejutkan bukan?