Trivia RENTAKA: Meninjau aset persenjataan yang ditinggalkan Amerika ketika kejatuhan Vietnam Selatan

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Semasa hari-hari terakhir Perang Vietnam, kerajaan Vietnam Selatan begitu terdesak dan berada di dalam keadaan panik sehinggakan hampir tentera Vietnam Selatan berundur daripada 2/3 negara dan menuju ke Saigon dan kawasan- kawasan sekitarnya. Malangnya pengunduran dilakukan secara tergesa- gesa dan tidak teratur.


Natijahnya, banyak senjata berat ditinggalkan begitu sahaja dan tidak dimusnahkan.Di bandar Pleiku misalnya tentera darat Vietnam Selatan (ARVN) meninggalkan peralatan radio komunikasi bernilai USD 5 juta, 15,000 peluru pelbagai kaliber, 100 tan bom GP dan beberapa dozen helikopter serta pesawat penyerang A-37 Dragonfly.

Di bandar Ban Me Thuot pula, ratusan meriam artileri 105mm dan 155mm bersama peralatan sokongan dan peluru meriam ditinggalkan begitu sahaja bersama berdozen kereta kebal ringan M41 dan M48 MBT.

Dibandar Da Nang dan Hue, ratusan MBT, APC dan meriam artileri turut sama ditinggalkan. Paling mengejutkan adalah sebanyak 300 pesawat pejuang F-5E turut jatuh ke tangan kerajaan Vietnam Utara apabila Vietnam Selatan menyerah kalah.

Kalaulah ATM sempat sapu semua tu dulu... 😁

Foto: Anggota tentera NVA menaiki M48A3 MBT yang ditinggalkan oleh ARVN di Saigon.