Trivia RENTAKA: Periscope depth

No photo description available.

Salah satu posisi paling merbahaya bagi sebuah kapal selam adalah ketika berada pada kedalaman yang disebut sebagai "periscope depth" iaitu sekitar 20 kaki (6 meter) dibawah permukaan laut. Apabila berada pada kedalaman ini, kapal selam boleh menaikkan periskop untuk memantau keadaan sekeliling atau mengintip mangsanya dan menaikkan pelbagai jenis antena radar, ESM mahupun antena radio komunikasi.



Bagi kapal selam diesel elektrik, berada pada kedalaman periscope depth juga turut membolehkannya untuk menaikkan "snorkel" bagi membolehkan enjin dieselnya dihidupkan untuk mengecas kembali bateri kapal selam.

Walaubagaimanapun, apabila periskop, antena mahupun snorkel dinaikkan, ia boleh dikesan oleh radar pesawat MPA musuh. Tambahan pula, periskop/ antena/ snorkel yang dinaikkan turut menghasilkan ombak buri atau "periscope feather" yang boleh dikesan dari jauh terutamanya daripada udara.

Faktor- faktor ini membolehkan pesawat MPA mengesan kapal selam daripada jauh dan muncul serta menyerang secara tiba- tiba. Keadaan laut yang terlalu jernih juga sangat tidak membantu kapal selam untuk melepaskan diri daripada serangan "sang Helang".seperti yang terjadi kepada kapal selam Type 212A daripada kelas Todaro milik Tentera Laut Itali dalam gambar di bawah. Kapal selam ini disergah secara tiba- tiba oleh pesawat P-3 Orion sewaktu latihan peperangan laut Dynamic Manta oleh tentera laut negara- negara NATO baru-baru ini

Most Read