No photo description available.

Disebabkan gambar yang dimuat naik baru-baru ini yang menunjukan pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM terbang tanpa membawa apa-apa jenis ordinan atau pun persenjataan rupanya telah memberikan impak yang besar dan kuat kepada komuniti pertahanan sehingga menyebabkan tempias kepada situs pertahanan yang lain, maka RENTAKA terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang bermain dibenak fikiran pembaca-pembaca semua.


Situasi terserempak secara tiba-tiba adalah amat sukar melainkan pesawat musuh tersebut ialah pesawat halimunan. Ini kerana jika musuh menggunakan pesawat biasa, kehadiran pesawat tersebuat akan dikesan terlebih dahulu oleh radar-radar pengawasan udara NADOC (National Defence Operation Center) dan disinilah cerita sebenar akan bermula dimana operasi memintas atau lebih dikenali sebagai “Operasi Curiga” akan dilaksanakan sehingga terbangnya pesawat-pesawat pemintas untuk memintas musuh di udara.

Ini adalah contoh pesawat MIG29N (gambar) yang didalam keadaaan siaga untuk operasi memintas pada bila-bila masa sahaja selepas Operasi Curiga dilancarkan. Pesawat tersebut boleh berlepas ke udara sepantas 3 minit, 7 minit mahupun 15 minit mengikut status “Alert” yang diistiharkan oleh NADOC untuk memintas pesawat musuh. Hangar yang menempatkan pesawat sebegini tidak hanya terdapat di Pengkalan Udara Kuantan sahaja tetapi disetiap pengkalan udara milik TUDM yang mempunyi kedudukan strategic untuk membolehkan waktu tindakan atau reaction time yang terbaik untuk setiap situasi yang dihadapi.

Most Read