No photo description available.

Seperti yang kita ketahui, PDRM telah banyak berjasa dalam mempertahankan negara daripada ancaman daripada dalam mahupun luar negara. Selain memiliki unit udara, marin dan armornya sendiri, PDRM turut mempunyai pasukan paramilitari iaitu Pasukan Polis Hutan (PPH atau kini dikenali sebagai PGA) yang cukup terlatih dalam peperangan menentang insurgensi. Meskipun ia diketahui hanya dibekalkan dengan senjata ringan, terdapat laporan yang menyebut bahawa pada sekitar tahun 1970 dan 80an, PPH dilengkapi dengan senjata anti armor ringan yang dikenali sebagai SARPAC.
 
Semasa perang Vietnam, pasukan infantri Amerika dibekalkan dengan roket anti armor ringan M72 LAW yang mereka gunakan bukan sahaja terhadap kenderaan tempur tetapi juga terhadap kubu atau infrastruktur seperti bangunan yang dijadikan kubu perlindungan oleh musuh. Ia juga memberi keupasyaan untuk anggota infantri membelasah musuh daripada jarak yang selamat dan dengan kuasa tembak yang tinggi. Melihatkan kejayaan M72, firma Hotchkis- Brandt daripada Perancis turut sama cuba untuk membangunkan sistem roket anti armor ringan yang mereka namakan sebagai SARPAC.
 
Nama ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan "Super Arme de Proximité Anti-Char". SARPAC direka untuk bukan sahaja digunakan terhadap kenderaan armor tetapi juga kubu yang diperbuat daripada konkrit, untuk tujuan anti personal, terhadap kenderaan dan juga lain- lain sasaran yang bersesuaian. Jika dibandingkan dengan M72, SARPAC bukan sahaja memiliki daya penembusan yang lebih tinggi serta jangkauan tembakan yang lebih jauh, malah harganya juga dikatakan lebih rendah berbanding M72.

No photo description available.

Perbandingan berat diantara M72 dengan SARPAC termasuklah berat pouch dan aksesorinya:
1 unit: M72 2.36 kg, SARPAC 3 kg
2 unit: M72 4.7 kg, SARPAC 4.3 kg
3 unit: M72 7.1 kg, SARPAC 5.6 kg
4 unit: M72 9.4 kg, SARPAC 6.5 kg
 
Walaupun tiada bukti bergambar ataupun dokumentasi daripada PDRM yang menunjukkan PPH pernah dilengkapi dengan SARPAC, ada kemungkinan yang pelancar roket anti armor ringan ini dibeli sebagai persediaan menghadapi kemaraan revolusi komunis dengan tewasnya kerajaan Vietnam Selatan dalam perang Vietnam. Apabila terbukti teori Domino tidak berlaku di Asia Tenggara, mungkin SARPAC terus disimpan sehinggalah ia tidak lagi selamat untuk digunakan dan terpaksa dilupuskan. Pun begitu, sekiranya ada pembaca RENTAKA yang mempunyai bukti bergambar SARPAC digunakan oleh pasukan keselamatan kita, sudi- sudikanlah untuk berkongsi dengan kita semua agar ia tidak terus luput ditelan masa.
 
Data Spesifikasi SARPAC:

Berat        : 2.3kg (keseluruhan),
                 : 1.09kg (roket sahaja)
Length      : 734 mm (semasa dibawa),
                 : 997 mm (sedia untuk digunakan)
Krew         : 1
Kaliber      : 68 mm
Kelajuan   : 150 meter/saat
Jangkauan: 150-200 meter (efektif), (700-800 meter (maksimum)
Kadar penembusan armor: 300mm