Rostov-on-Don: Kapal Selam kecil yang mengegar ego kuasa besar

May be an image of outdoors
 
Jumaat lalu, sebuah pesawat P-8A Poseidon Tentera Laut Amerika telah mengesan sebuah kapal selam diesel elektrik kelas Kilo milik Tentera Laut Rusia yang dikatakan sedang mengintip dan memerhatikan latihan perang laut besar- besaran NATO di Laut Mediterranean.
 
Kapal selam yang dikenali sebagai Rostov-on-Don dilaporkan dikesan secara visual oleh kapal perang Tentera Laut Diraja Britain ketika kapal selam tersebut melintasi pulau Gibraltar yang kemudiannya terus mengekorinya sehingga ke Laut Mediterranean dimana Tentera Laut Amerika pula mengambil alih tugas menjejak dan mengekori kapal selam kelas Kilo tersebut. Namun begitu ketika mengekori, kapal selam tersebut tiba- tiba menghilang tanpa dapat dikesan meskipun diburu oleh beberapa pesawat P-8A Poseidon dan kapal perang Tentera Laut Amerika dan Tentera Laut Israel.
 
Pemburuan kapal selam tersebut telah berlangsung selama seminggu dan menurut beberapa sumber, pemburuan tersebut masih belum berakhir.
 
Foto: Kapal selam Rostov-on-Don ketika berlayar berdekatan dengan perairan Istanbul sambil diiringi rapat oleh kapal peronda rapat Dmitry Rogachev.
"Engage caterpillar drive"