Fakta menarik: Helikopter Mil-17V5 Tentera Udara Kanada

May be an image of aircraft and outdoors

Sekali pandang, helikopter di dalam gambar ini adalah merupakan helikopter Mi-17V5. Tapi cuba amati betul- betul.

Ya, helikopter ini mempunyai lambang Tentera Udara Kanada.


Tidak, ini bukan gambar yang telah dimanipulasikan mahupun helikopter tersebut adalah prop untuk sebuah filem.

Tentera Udara Kanada sememangnya pernah mengoperasikan sehingga 4 buah helikopter Mil-17V5.

Semasa kontijen tentera Kanada menyertai operasi Amerika di Afghanistan, mereka menyedari ancaman IED adalah sangat tinggi dan membahayakan usaha MEDIVAC dan penghantaran kargo material ke pangkalan- pangkalan tenteranya melalui jalan darat. Oleh kerana itu, kerajaan Kanada bersetuju untuk membeli sejumlah helikopter CH-47 Chinook dan pada masa yang sama menyewa beberapa helikopter Chinook daripada kerajaan Amerika sementara menanti helikopter yang telah dipesan, siap dihantar.

Malangnya rundingan untuk penyewaan helikopter Chinook daripada kerajaan Amerika mengambil masa yang agak panjang sedangkan keperluan untuk helikopter untuk operasi di Afghanistan adalah sangat mendesak.

Jadi kerajaan Kanada memberi lampu hijau untuk menyewa sejumlah helikopter Mil-17V5 sebagai langkah sementara. Helikopter ini dioperasikan oleh 427 Special Operations Air Squadron di Afghanistan. Ia dioperasikan sepenuhnya oleh juruterbang dan krew daripada Tentera Udara Kanada. Mereka mendapati helikopter tersebut bukan sahaja sangat sesuai untuk keadaan cuaca yang melampau, berhabuk dan di kawasan beraltitut tinggi. Mil-17V5 yang disewa juga didapati sangat lasak dan lebih murah untuk dioperasikan berbanding Chinook.

Akan tetapi kerajaan Kanada seakan malu untuk mengakui bahawa Tentera Udara Kanada ada mengoperasikan helikopter buatan Rusia. Helikopter ini diklasifikasikan sebagai CH-178 dan tidak disenaraikan di dalam mana- mana senarai pemilikan aset Tentera Udara Kanada. Malah, tiada rekod sejarah rasmi yang menunjukkan bahawa Tentera Udara Kanada ada mengoperasikan helikopter Mil-17V5.

Sebaik sahaja Chinook yang disewa sampai, helikopter Mil-17V5 segera ditamatkan perkhidmatannya dan pantas dilupakan.

Seperti burung pungguk, Mil-17 biarpun rupanya buruk, keupayaannya jarang sekali membuatkan ia terpuruk.