Dewasa ini, ada pembaca yang memberikan komen adalah berkenaan ATM dan kerajaan yang seperti hanya berminat untuk mengkaji sahaja daripada membuat pembelian. Pada sekilas pandang, komen- komen seperti ini banyak di ruangan komen page ketenteraan tempatan sehinggakan kelihatan seperti ada agenda tersembunyi kerana nada dan ayatnya hampir sama di semua tempat. Komen daripada peminat muda/ cilik? Mungkin. Tetapi mungkin juga cybertrooper kerana ada yang memberikan komen seperti ini mempunyai profil yang agak meragukan. Apapun, RENTAKA melihat komen seperti ini sebagai komen yang kurang bijaksana.

Pertama- tamanya, orang yang memberi komen bukanlah mereka yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera, apatah lagi terlibat dalam merancang pertahanan negara. Keduanya, aset pertahanan negara melibatkan bidang yang cukup teknikal yang kurang difahami oleh orang awam. Jadi, kajian menyeluruh tentang satu- satu sistem persenjataan harus dilakukan bagi memastikan impak positif terhadap keupayaan pertahanan negara adalah besar dan pada masa yang sama kesan negatif dapat diminimakan.





Salah satu berita pertahanan terhangat baru- baru ini adalah pembelian sejumlah sistem peluru berpandu anti kapal supersonik Brahmos oleh Filipina. Memang gemparlah. Seperti biasa, bermulalah adegan cabar- mencabar secara halus dan banding- membanding diantara "kerajaan kamu dan kerajaan kami" di laman- laman peminat ketenteraan. Agak kelakar juga bila membacanya.

Untuk pengetahuan semua pembaca RENTAKA, pemilihan sistem Brahmos sememangnya agak mengejutkan tim RENTAKA kerana sistem ini bukan sahaja sangat mahal tetapi juga agak kompleks untuk dioperasikan. Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi serantau dan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa, kerajaan Filipina dilihat seperti tidak mampu untuk membeli sistem peluru berpandu anti kapal mudah gerak yang canggih seperti itu. Bukan itu sahaja, ia turut memerlukan pertimbangan politik serantau.

Tersebut al kisah semasa Siam hendak menyerang melaka, mereka berhimpun dahulu di perairan berdekatan Batu Pahat, Johor. Kitab sejarah Salatus Salatin mencatatkan kisah seorang pahlawan Melaka bernama Tun Omar bertindak bersendirian menghadapi armada tentera siam:

“Maka Tun Omar pun pergilah dengan seorang dirinya; perahunya olang-oleng. Setelah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu terus perahunya ke sebelah. Maka ia berbalik pula, dilanggamya yang lain pula, dua tiga buah alah perahu Siam itu; maka Tun Omar pun kembalilah. Maka orang Siam pun terlalu hairan melihat kelakuan Tun Omar itu.”
Mungkin tindakan Tun Omar ini adalah kerana diarahkan oleh Tun Perak untuk memberitahu kepada bahawa Siam bahawa mereka sedang berdepan dengan calang-calang armada kapal yang tidak kurang hebatnya. Tun Perak sedang cuba meninggalkan gambaran kepada Siam bahawa jika sebuah perahu Melaka sahaja sudah cukup untuk mengucar-ngacirkan armada kapal Siam, apatah lagi armada perang Melaka yang sebenar!

Apa yang ingin RENTAKA sampaikan bahawa dalam peperangan sebenar, saiz sebenarnya tidaklah penting. Yang penting adalah kebijaksanaan panglima dan komander dalam merangka serangan dan pertahanan mahupun keberanian serta semangat juang anggota tentera yang melaksanakan arahan. Biarpun hanya dengan bot yang kecil, ia masih mampu mengkucar- kacirkan kapal perang yang besar.

Buktinya?

Most Read