Kereta kebal ringanĀ 

May be an image of outdoors

Sejak akhir- akhir ini kereta kebal ringan kembali diperkatakan biarpun amcaman senjata anti armor semakin canggih dan kompleks. Meskipun MBT adalah primadona di medan pertempuran, ia mempunyai kelemahan- kelemahan yang ketara seperti mobiliti terhad terutamanya di kawasan tanah tinggi dan memerlukan kenderaan sokongan untuk diangkut ke kawasan operasi dengan pantas.

Kota Kara Camp Keating

May be an image of nature and mountain

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa hampir kesemua sistem persenjataan keluaran Amerika diuji di kawasan padang pasir di kawasan tersebut. Kawasan padang pasir bukan sahaja menawarkan keadaan cuaca yang baik hampir sepanjang tahun yang membolehkan ujian persenjataan dilakukan tanpa gangguan dan turut menawarkan sudut pandangan yang luas dan jelas. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika sistem persenjataan keluaran Amerika berfungsi dengan optimum jika digunakan semasa bertempur di kawasan seperti itu. Pertempuran udara semasa perang Vietnam sebenarnya mengejutkan banyak pihak di Amerika kerana sistem persenjataan yang telah berfungsi dengan cemerlang semasa ujian tiba- tiba menghadapi banyak masalah terutamanya masalah keandalan (reliability) ketika dalam pertempuran sebenar. Salah satu faktor yang dikenalpasti adalah sistem elektronik yang terdapat pada sistem persenjataan pada masa itu tidak mesra iklim tropika yang panas dan lembab.

Roket anti armor ringan M72 TDM

May be an image of one or more people, military uniform and outdoorsFoto: Panglima 10 Bgd (Para) Brig Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal melancarkan roket M72 semasa Eks Iron Shield baru- baru ini. Kredit foto: Kompeni Bantuan 10 Briged Para

Salah satu perkara yang ditakuti oleh pasukan infantri adalah berhadapan dengan aset tentera musuh yang mana mereka samada tidak tahu ataupun tidak mempunyai cara untuk menanganinya. Semasa fasa awal Perang Korea misalnya, pasukan infantri Korea Selatan yang terpaksa berhadapan dengan kereta kebal T-34 85mm Korea Utara, seringkali melarikan diri daripada medan tempur. Ini adalah kerana Tentera Darat Korea Selatan langsung tidak memiliki sebarang senjata anti armor ringan. Oleh kerana itu kemunculan beberapa buah kereta kebal T-34 sahaja sudah cukup untuk mematahkan semangat juang pasukan infantri Korea Selatan.

Radar pemburu artileri ARTHUR

No photo description available.

Salah satu aset TDM yang selalu diperlihatkan tetapi tidak ramai yang perasan adalah radar pemburu artileri ARTHUR (ARTillery HUnting Radar). Dipasang pada kenderaan BV206 Hagglunds, antena radar ARTHUR yang dipasang pada bumbung kenderaan lazimnya dilipat apabila kenderaan bergerak dan hanya akan ditegakkan apabila radar mula beroperasi.

Kelemahan mesingan Gatling M134 7.62mm

May be an image of one or more people, military uniform, outdoors and text that says "MYPATRIOT MYPATRIOT S"

Sudah pastinya ramai yang meminati mesingan gatling M134 7.62mm. Terdapat banyak video di internet yang mempamerkan kehebatan mesingan gatling ini. Setakat ini hanya TDM yang menggunakan mesingan gatling M134 yang dipasang pada kereta perisai Lipan Bara dan helikopter A109 LOH.

Sistem laser anti roket/ dron Iron Beam

May be an image of outdoors

Sudah pastinya ramai yang tergasima dengan keupayaan sistem Iron Dome. Keupayaannya untuk menangkis ribuan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin di sepanjang konflik Palestin-Israel sudah pastinya menimbulkan banyak perhatian dan perbincangkan. Sudah tentunya ada yang mula berfikir tentang strategi untuk mengatasi sistem pertahanan udara seperti Iron Dome.

Most Read