Analisa RENTAKA - Light tank pengganti Scorpion

No photo description available.Kereta kebal ringan ELT adalah pada dasarnya kereta kebal M8 yang telah dipertingkatkan. Ia dilengkapi dengan meriam 105mm dan boleh digugurkan ke medan tempur menggunakan payung terjun.

 
Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita perancangan kerajaan untuk melucut tauliah kereta kebal ringan Scorpion yang telah digunakan sejak tahun 1980an. Alasan yang diberikan adalah kereta kebal tersebut telahpun usang. Pada pendapat Rentaka, alasan "usang" adalah agak kurang tepat. Sebenarnya peralatan perang terutamanya yang digunakan oleh tentera darat boleh di" retrofit" dan dinaik taraf agar sejajar dengan keperluan atau ancaman semasa.
 
Terdapat pakej- pakej naik taraf pelbagai jenis kereta kebal/ kenderaan tempur yang ditawarkan oleh banyak firma di seluruh dunia. Untuk rekod, kesemua kereta kebal ringan Scorpion milik TDM pernah menjalani kerja- kerja naik taraf pada awal dekad 2000 yang dilakukan oleh MMC. Walaubagaimanapun diakui bahawa pengunduran Scorpion daripada perkhidmatan dijangka akan memberikan impak yang minima terhadap kesiagaan TDM memandangkan jumlah yang dioperasikan adalah kecil iaitu kira- kira 26 buah. Malangnya ini juga bermakna 10 Briged Para kehilangan aset armor yang amat penting dalam operasinya.
 
Mungkin ada yang tertanya mengapa kereta kebal ringan diperlukan oleh pasukan Para? Seperti yang kita ketahui, operasi Rejimen Para sentiasa jauh di belakang medan tempur dan dalam kawasan musuh. Ini bermakna mereka sentiasa dalam keadaan terkepung dan bertindak sebagai duri dalam daging di kawasan musuh. Oleh itu musuh akan berusaha sedaya upaya untuk mematahkan serangan para termasuklah dengan menyerang menggunakan pasukan armor mereka. Berbeza dengan tanggapan ramai, objektif utama kereta kebal ringan yang digunakan oleh pasukan Para bukanlah untuk menangkis serangan pasukan armor musuh, sebaliknya ia bertindak memberikan tembakan bantuan untuk menekan pertahanan musuh serta memusnahkan kubu- kubu pertahanan musuh yang menghalang kemaraan anggota Para. Saiznya yang kecil memudahkannya untuk menyelinap di kawasan sempit mahupun lorong- lorong kecil ketika beroperasi dalam kawasan bandar. Selain itu, kereta kebal ringan juga boleh melakukan reconnaissance in force untuk mendedahkan kedudukan serta kekuatan musuh.
 
No photo description available.
Griffin II mengambil pendekatan yang berbeza. Biarpun ia adalah kereta kebal ringan tetapi memiliki kuasa tembak yang sama dengan M1 Abrams MBT.
 
Secara kebetulan, Tentera Darat Amerika tidak lama lagi akan menguji prototaip kereta kebal ringan untuk melengkapi pasukan payung terjun mereka. Dibawah program “Mobile Protected Firepower” atau MPF, terdapat dua prototaip yang telah dipilih untuk diuji iaitu Expeditionary Light Tank (ELT)keluaran BAE Systems dan Griffin II keluaran General Dynamics Land Systems.
The BAE Systems Expeditionary Light Tank (ELT) sebenarnya adalah kereta kebal ringan M8 yang telah diperbaharui. Badan ELT direka berdasarkan badan kenderaan tempur infantri Bradley IFV. Armor ELT adalah terdiri daripada armor aluminium yang mampu untuk menangkis peluru senjata kecil mahupun serpihan letupan peluru meriam. Pun begitu, ELT boleh dipasang dengan dua pakej armor tambahan. Pakej armor tambahan peringkat 2 meningkatkan tahap perlindungan dengan berat tempur keseluruhan sebanyak 20,800 kg manakala pakej armor tambahan tahap 3 meningkatkan daya tahan terhadap ancaman peluru berpandu ATGM dan RPG dengan berat tempur keseluruhan sebanyak 23,580 kg. ELT direka untuk diatur-gerakan yang pantas dan boleh digugurkan menggunakan payung terjun (tetapi dengan had berat tempur sebanyak 18,000 kg).
 
Pada berat 28 tan, Griffin II adalah merupakan gabungan komponen- komponen utama daripada pelbagai program persenjataan yang dijalolankan oleh GDLS. Badan kereta kebal ringan ini diambil daripada kenderaan tempur Ajax manakala turetnya pula diubah suai daripada rekaan turret M1 Abrams. Berbeza dengan ELT yang menggunakan meriam 105mm, Griffin II dilengkapi dengan meriam 120mm yang standing dengan meriam M1 Abrams tetapi dengan berat yang jauh lebih ringan. Walaubagaimanapun berat keseluruhan kereta kebal ringan ini adalah 28 tan- hampir pasti tidak boleh digugurkan menggunakan paying terjun.
 
No photo description available.
Kereta kebal ringan Griffin II mempamerkan keupayaan kuasa tembaknya.
 
Objektif utama program MPF adalah untuk melengkapi pasukan para dengan kereta kebal ringan yang dilengkapi dengan meriam berkaliber besar yang mampu untuk memusnahkan aset armor serta kubu pertahanan musuh. Salah satu keperluan yang digariskan oleh program MPF adalah kereta kebal tingan yang terpilih haruslah mampu dibawa oleh pesawat C-17 Globemaster (dua buah kereta kebal) dan pesawat C-130 Hercules (sebuah kereta kebal). Oleh itu, beratnya haruslah diturunkan seminimum mungkin dan ini akan memberikan kesan langsung terhadap tahap perlindungan yang dimiliki oleh kereta kebal ringan tersebut. Oleh yang demikian, kedua- dua prototaip telah mula menguji sistem pertahanan aktif atau Active Protection Systems (APS). Penggunaan sistem seperti ini bakal menawarkan perlindungan terhadap ancaman roket anti armor mahupun ATGM dengan penalti berat yang rendah. Malangnya, ia tidak mampu untuk menangkis peluru meriam automatik berkaliber besar mahupun projektil anti armor seperti peluru APFSDS.