Analisa RENTAKA - Serangan MM40 ke atas sasaran semasa Eks Taming Sari 20/21

May be an image of body of water

Eks Taming Sari 20/21 telahpun berlalu dan salah satu tarikan utamanya adalah penembakan peluru berpandu anti kapal MM40 Exocet Block II. Biarpun tim RENTAKA telah 2-3 kali menyaksikan penembakan peluru berpandu, setiap satunya istimewa dan menyebabkan mulut masing- masing ternganga, penembakan Exocet kali ini agak istimewa kerana buat pertama kalinya TLDM memperlihatkan keupayaan sebenar peluru berpandu tersebut.
 
Apa yang agak berbeza dan sangat menarik adalah, biarpun tidak begitu jelas kelihatan pada video penembakan yang dipertontonkan kepada umum, peluru berpandu Exocet yang telah dilancarkan itu melakukan pergerakan seolah- olah terbang ke arah lain sebelum melakukan pusingan 45 darjah dan kemudiannya meluru ke arah sasarannya yang sebenar. Pergerakan ini berkemungkinan untuk mengelirukan pertahanan udara kapal perang musuh dan tidak mendedahkan sasaran sebenar sehinggalah ke saat- saat akhir. Satu lagi keunikan dalam penembakan Exocet kali ini adalah ia meluru dan membantai sasaran pada sudut oblique atau dalam sudut menyerong daripada arah belakang sasaran.
 
Jika dalam serangan sebenar, serangan daripada sudut ini bukan sahaja menyukarkan penderia kapal perang untuk mengesan Exocet tersebut tetapi juga sistem pertahanan kapal perang sukar untuk mengesan dan bertindak kerana peluru berpandu berada dalam sudut buta kapal perang dan digabungkan dengan kedudukan Exocet yang terbang pada altitut sangat rendah, laju serta berada dekat dengan kapal perang, ia berada pada sudut atau kedudukan yang menyukarkan meriam kapal untuk menembak.
 
May be an image of text that says "Exocet menembusi bahagian tepi hadapan superstruktur kapal sebelum meledak di atas pelancar VLS dan mengakibatkan kerosakan serius pada anjungan, meriam utama, penderia kapal, pelancar VLS dan struktur hadapan kapal perang KRONOLOGI BAYANGAN SERANGAN MM40 EXOCET EKS TAMING SARI 20/21 Exocet meluru daripada altitut rendah, dengan pantas dan pada sudut oblique, menyukarkan pertahanan kapal perang untuk bertindak dengan berkesan Exocet menukar arah dengan mengejut dan meluru ke sasaran sebenar GRAFIK: RENTAKA Arah laluan asal Exocet"
 
Jika dilihat dengan teliti pada video penembakan, kelihatan seperti peluru berpandu Exocet tersebut menghentam pada bahagian tepi hadapan superstruktur sasarannya sebelum menembusinya dan meledak di hadapan superstruktur tersebut. Pada mata kasar, kelihatan peluru berpandu seperti tersasar dan gagal untuk menghentam dan menembusi badan sasarannya sebelum meledak. Sebaliknya ia meledak di atas dek hadapan sasarannya. Walaubagaimanapun, jika dilihat dengan teliti, sebenarnya peluru berpandu tersebut diprogramkan untuk menghentam dengan agak efektif.
 
Jika dibayangkan kronologi fasa akhir serangan peluru berpandu Exocet semasa Eks Taming Sari 20/21, peluru berpandu tadi menghentam bahagian tepi hadapan superstruktur kapal perang musuh, menembusinya dan meledak di kawasan di antara supertstruktur kapal perang dan meriam utama. Pada dasarnya, letupan Exocet di kawasan tersebut tidak mengakibatkan kerosakan besar pada kapal perang tersebut tetapi ia akan menjahanamkan meriam utama kapal, memusnahkan anjungan kapal perang (dan melumpuhkan sistem kawalan kapal perang serta membunuh atau mencederakan pegawai- pegawai utama kapal perang) dan juga memusnahkan atau merosakkan penderia- penderia yang terletak di atas anjungan. Jadi kapal perang musuh masih boleh bergerak tapi buta, tanpa kawalan efektif dan kehilangan hampir 70 peratus keupayaan tempurnya. Yang menariknya kawasan ledakan Exocet juga lazimnya terletaknya sistem peluru berpandu VLS. Jadi bolehlah dikatakan letupan Exocet akan menyebabkan peluru berpandu VLS di situ akan turut terbakar, meledak dan menyebabkan kebakaran serta kerosakan yang lebih besar pada kapal perang tersebut.
Not bad. Not bad at all...
 
Syabas TLDM!