No photo description available.KD Ganas semasa era keganasannya yang sungguh ganas. Kapal serang laju dari kelas Perdana ini mula berkhidmat pada tahun 1973 dan sehingg kini masih setia menabur bakti. Ia wajar dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal terkini untuk memastikan ianya dapat terus mengganas dan kekal relevan meskipun pada usia 43 tahun.

Umum mengetahui bahawa TLDM sedang melaksanakan polisi 15-5 dalam menggantikan kapal- kapal lama yang ada di dalam inventorinya. Kebanyakan kapal- kapal TLDM telah berusia lebih daripada 20 tahun malah ada yang beroperasi sejak tahun 1970an lagi! Untuk memastikan kapal- kapal lama ini terus beroperasi dengan baik memerlukan usaha yang bukan sedikit dan menelan belanja yang besar. Pun begitu kita harus menyedari bahawa penggantian kapal lama bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan kos yang amat tinggi dan masa yang panjang. Akan tetapi perancangan 15-5 TLDM untuk mengecilkan armadanya menjadi lebih efisyen tetapi lebih berkeupayaan tinggi adalah arah yang betul bagi memastikan perairan negara terus dipertahankan.
 
 
Namun begitu, sehingga perancangan 15-5 dapat dilaksanakan sepenuhnya, kapal- kapal veteran TLDM masih terus diperlukan untuk mempertahankan perairan negara. Kini ancaman menjadi semakin mencabar dan memerlukan kuasa tembak yang jitu untuk memastikan TLDM terus memiliki elemen cegah rintang meskipun dibarisi oleh kapal- kapal veteran. Jika dilihat kepada cabaran serantau yang dihadapi oleh TLDM dalam mempertahankan sempadan negara, kepal serang laju atau Fast Attack Craft (Missile) menjadi aset yang serba boleh dalam menghadapi ancaman konvensional dan tidak konvensional. Ia memiliki kelajuan yang diperlukan untuk bertindak pantas serta keupayaan untuk berlayar di kawasan- kawasan cetek dalam menyekat ancaman penyusupan kumpulan pengganas di sempadan Filipina dan pada masa yang sama, memiliki kuasa tembak yang diperlukan untuk berfungsi sebagai cegah rintang dalam menghadapi sebarang kemungkinan di perairan Sarawak. Meskipun rata- rata FAC(M) TLDM berusia sekitar 40 tahun, sehingga ia dapat digantikan oleh kapal perang yang lebih baru, kapal serang laju masih lagi diperlukan khidmatnya. Oleh itu tidak hairanlah jika TLDM sentiasa melakukan naik taraf terhadap kapal- kapal ini.

No photo description available.
Satu lagi kapal FAC(M) TLDM yang masih gagah berkhidmat adalah daripada kelas Handalan. Pun begitu ia masih dilengkapi dengan peluru berpandu MM38 Exocet. Amat wajar jika FAC(M) TLDM dilengkapi dengan peluru berpandu NSM yang lebih berkeupayaan tinggi.

Salah satu sistem persenjataan utama kapal serang laju TLDM adalah peluru berpandu anti kapalnya. Di awal perkhidmatannya, ia dilengkapi dengan peluru berpandu MM38 Exocet. Menurut laporan media, kini kapal serang laju kelas Perdana dilengkapi dengan peluru berpandu MM40 Block II Exocet manakala kapal serang laju kelas Serang masih lagi menggunakan peluru berpandu MM38 Exocet. Meskipun penggunaan peluru berpandu MM38 melambangkan keupayaan industri pertahanan negara untuk memastikan peluru berpandu lama sentiasa “segar”, RENTAKA berpendapat sudah tiba masanya untuk FAC(M) TLDM dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal yang baru dan lebih berkeupayaan tinggi. Peluru berpandu anti kapal NSM adalah salah satu calon yang sesuai kerana ia boleh digunakan dalam perang di kawasan litoral, laut terbuka malah boleh digunakan untuk menghentam sasaran di darat. Dengan jangkauan operasi sejauh 100 kilometer, ia memberikan dimensi baru dalam keupayaan FAC (M) TLDM. Saiznya yang agak kecil juga bermakna kapal serang laju mempunyai pilihan untuk membawa bilangan peluru berpandu yang lebih, bergantung kepada keperluan operasi semasa.

No photo description available.
Peluru berpandu anti kapal generasi terkini NSM yang bakal melengkapi kapal SGPV TLDM.

Sejajar dengan perancangan 15-5, RENTAKA berpendapat adalah wajar agar jenis peluru berpandu dihadkan juga kepada hanya dua jenis iaitu NSM untuk jarak dekat ke sederhana dan juga MM40 Exocet Block III bagi fungsi anti kapal jarak jauh. MM40 Block III adalah versi terkini peluru berpandu anti kapal Exocet dan ia mampu untuk menghentam sasaran sejauh 180 kilometer. Kapal- kapal TLDM yang dilengkapi dengan peluru berpandu Exocet boleh dinaik taraf untuk menggunakan peluru berpandu Exocet versi terbaru ini.

No photo description available.
Kebanyakan kapal perang TLDM dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal Exocet. Peluru berpandu Exocet Block III adalah versi terkini Exocet yang mampu untuk menghentam sasaran sehingga 180km jauh dan mampu untuk menghentam sasaran di darat.

 




Most Read