Trivia RENTAKA - Generasi baru Kereta Kebal Bumar Labedy

No photo description available.Kereta Kebal PT-91M2 adalah dilihat sebagai variasi yang dinaik taraf dari PT-91 sedia ada.

Pameran pertahanan MSPO-2017 yang bermula hari ini di Poland telah menyaksikan firma Bumar-Labedy SA memperkenalkan 2 variasi terkini kereta kebal PT-91 mereka iaitu PT-91M2 dan PT-17. PT91M2 ialah varian yang dinaik taraf dari model PT-91 manakala PT-17 pula ialah satu pembaharuan kepada model PT-91 Twardy yang sedia ada.
 
Secara amnya, jika dibandingkan dengan kereta kebal PT-91M, PT-17 mempunyai keupayaan yang lebih baik serta kebih kemas daripada segi kuasa tembak, mobiliti, armor dan kepekaan terhadap situasi sekeliling. Diantara pembaharuan yang paling ketara pada kereta kebal PT-17 ialah perubahan rekabentuk turret yang agak berbeza jika dibandingkan dengan PT-91 Twardy generasi yang sebelumnya. Turetnya kelihatan lebih kemas, licin dan leper seperti tiram. Penderia optik untuk komander juga telah digantikan dengan penderia optik gimbal yang meningkatkan lagi kepekaan terhadap situasi dan membolehkan pemburuan musuh secara gandingan pemburu- pemusnah dapat dilakukan. Turet baru ini digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.
 
Daripada segi armor, turet dan badan kereta kebal PT-17 dipasang dengan panel modular armor komposit atau Composite Armour Modular Panel manakala roda- rodanya pula dilindungi dengan skrting berarmor. Bagi perlindungan terhadap ATGM pula, MBT ini dilengkapi dengan penderia amaran laser atau LWR jenis OBRA-3 yang disambung terus kepada pelancar bom asap. Enjin S-1000R (seperti yang digunakan oleh PT-91M Pendekar) pula membekalkan kuasa sehingga 1,000 kuasa kuda kepada PT-17.

No photo description available.
PT-17 pula perlu dilihat sebagai satu model yang baru kerana walaupun mempunyai DNA T-72. Tetapi tahap pembaharuan yang dilakukan pada tahap yang lain melalui pembinaan prototype PT-16 sekaligus menjadikan ia satu kereta kebal dari generasi yang berbeza.
 
Perubahan paling ketara pada kereta kebal PT-17 adalah daripada pada kuasa tembaknya. Bumar Labedy mengambil langkah drastik dengan menggantikan meriam 2A46 berkaliber 125mm yang melengkapi PT-91 Twardy sebelum ini dengan meriam smoothbore jenis KMB2 berkaliber 120mm keluaran firma Kharkov Morozov Design Bureau daripada Ukraine. Meriam KMB2 ini membolehkan PT-17 menggunakan peluru meriam berkaliber 120mm yang digunakan oleh kereta kebal negara- negara anggota NATO. Sistem kawalan tembakan yang digunakan oleh MBT baru ini juga dilaporkan menggunakan sistem kawalan tembakan digital terkini. Disamping itu, terdapat satu stesyen RWS yang terletak pada bahagian kiri turet iaitu di belakang penderia optik untuk jurutembak.
 
Adakah 2 variasi baru dari Bumar-Labedy akan memberi kesan kepada Tentera Darat Malaysia. Adakah kita akan melihat Pendekar yang akan dinaik taraf tidak lama lagi atau pun melihat PT-17 sebagai batch ke 2 untuk pasukan Armor Tentera Darat?
(Sumber: IHS Janes)