Trivia RENTAKA: Kapal perang Hydrofoil

No photo description available.

Terdapat satu jenis kapal yang unik tetapi sangat jarang kedengaran sejak kebelakangan ini iaitu hydrofoil. Kapal jenis ini mempunyai sayap dibawah badannya yang membekalkan daya angkat apabila kapal mencapai kelajuan tertentu. Hasilnya adalah badan kapal akan terangkat datipada permukaan laut lantas mengurangkan daya seretan dan mengizinkan kapal untuk bergerak dalam kelajuan sangat tinggi dan efisyen. Dalam kelajuan biasa atau ketika bergerak perlahan, sayap hydrofoil akan terlipat di sisi badan kapal.


Idea untuk kapal hydrofoil sebenarnya telah lama lahir dan diuji untuk tujuan kenteraan semasa Perang Dunia Kedua. Namun begitu, teknologi ini mula matang pada tahun 1960an dan mula digunakan oleh USSR pada tahun 1970an diikuti oleh Amerika, Itali dan Jepun.

Satu- satunya kelas kapal Tentera Laut Amerika yang menggunakan teknologi hydrofoil adalah USS Pegasus. Ia lazimnya belayar pada kelajuan 12 knots semasa meronda tetapi mampu untuk memecut hingga ke kelajuan 48 knots. WAlaupun bersaiz kecil, kapal serang laju ini dilengkapi dengan selaras meriam Oto Melara 76mm dan 8 pelancar peluru berpandu RGM-84 Harpoon. Kesemua kapal dalam kelas ini telah diundurkan daripada perkhidmatan pada tahun 1993 kerana didapati tidak ekonomikal untuk dioperasikan.