Trivia RENTAKA: Baju kalis peluru

May be an image of one or more people and outdoors

Walaupun direka untuk menahan impak peluru, bahan utama pada jaket kalis peluru iaitu gentian Kevlar sebenarnya agak rapuh dan akan terurai atau hilang kekuatannya sejajar dengan peredaran masa. Oleh itu jangan terkejut jika menjumpai tarikh luput terjahit pada setiap jaket kalis peluru.


Kevlar pada jaket kalis peluru juga akan terurai lebih cepat jika terkena air atau peluh dan haruslah dielakkan daripada terendam di dalam air. Jika terendam, ia harus dihantar kembali kepada syarikat pengeluar untuk menentukan samada masih boleh digunakan atau perlu diganti baru. Berita buruk untuk negara- negara pengguna terutamanya di kawasan tropika seperti Malaysia.

Kredit foto: AP