Trivia RENTAKA: Radar pemantauan Sharpeye
Gambar kapal peronda KM Bagan Datuk milik APMM sedang merapati jeti.
Kapal peronda kelas Bagan Datuk adalah merupakan salah satu perolehan terbaru APMM. Sememangnya pada sekilas pandang, tiada yang kelihatan istimewa pada kapal ini tetapi jika diamati secara teliti, kapal peronda kelas ini memperkenalkan banyak keupayaan terkini kepada APMM.
Salah satu peralatan yang menarik perhatian RENTAKA adalah kapal kelas ini dilengkapi dengan radar SharpEye keluaran firma Kelvin Hughes. Tambah menarik, radar ini beroperasi pada gelombang X dan S. Radar dioperasikan dalam gelombang semasa keadaan biasa dimana pemantuan secara am dilakukan. Jika keadaan memerlukan gambaran yang lebih jitu terutamanya mengesan sasaran- sasaran bersaiz kecil seperti bot laju penyeludup atau mengenalpasti serta jejak sasaran yang cuba menyusup ditengah- tengah bot- bot nelayan yang sedang menangkap ikan, radar akan dioperasikan pada gelombang X. Pada gelombang X ini akan memberikan gmbaran yang lebih jelas dan jitu meskipun dalam cuaca buruk dan laut bergelora.
Dalam aplikasi ketenteraan (jangan lupa, APMM turut akan dikerahkan untuk mempertahankan perairan negara semasa perang) Radar SharpEye membolehkan kapal musuh yang bersaiz kecil seperti kapal serang laju atau mungkin juga bot RHIB mahupun jet ski yang digunakan oleh pasukan komando musuh untuk menyusup masuk, dikesan dengan lebih awal.
#rentaka
#sharpeye
#kelvinhughes
#APMM
#MMEA