Analisis Rentaka : TLDM 15 – 5
KD Ganas semasa era keganasannya yang sungguh ganas. Kapal serang laju dari kelas Perdana ini mula berkhidmat pada tahun 1973 dan sehingg kini masih setia menabur bakti. Ia wajar dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal terkini untuk memastikan ianya dapat terus mengganas dan kekal relevan meskipun pada usia 43 tahun.
Umum mengetahui bahawa TLDM sedang melaksanakan polisi 15-5 dalam menggantikan kapal- kapal lama yang ada di dalam inventorinya. Kebanyakan kapal- kapal TLDM telah berusia lebih daripada 20 tahun malah ada yang beroperasi sejak tahun 1970an lagi! Untuk memastikan kapal- kapal lama ini terus beroperasi dengan baik memerlukan usaha yang bukan sedikit dan menelan belanja yang besar. Pun begitu kita harus menyedari bahawa penggantian kapal lama bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan kos yang amat tinggi dan masa yang panjang. Akan tetapi perancangan 15-5 TLDM untuk mengecilkan armadanya menjadi lebih efisyen tetapi lebih berkeupayaan tinggi adalah arah yang betul bagi memastikan perairan negara terus dipertahankan.